Tuesday, 13 November 2012

Amerika Syarikat : The Rogue State







Tulisan ini penulis cuplik daripada majalah al - waie, satu majalah yang menjadi lidah rasmi Hizbut Tahrir Indonesia dalam mengagaskan idea - idea Islamik kepada masyarakat. Artikel yang dipetik ini diterbitkan pada tahun 2009 tetapi masih relevan untuk dibaca dalam suasana selepas Pilihan Raya Presiden USA yang masih lagi subur dengan persoalan - persoalan khusus terutama berkaitan dengan pendirian terhadap Israel.


Profesor Avi Shaim menulis di The Guardian mengatakan bahawa Israel telah menjadi sebuah negara biadap ( the rogue state ) . Menurut Profesor Hubungan Internasional Universiti Oxford ini, Israel telah memenuhi kriteria sebagai negara biadap berasaskan tiga faktor iaitu melanggar hukum internasional, memiliki senjata pemusnah dan melakukan tindakan kekerasan menyerang penduduk untuk matlamat politik. 

Jika Israel telah dianggap sebagai negara biadab dengan hujah - hujah diatas, bagaimana dengan Amerika. Dalam konteks yang luas, Amerika Syarikat sangat banyak memenuhi syarat sebagai negara paling biadap. Amerika telah melanggar peraturan antarabangsa dengan melakukan penyiksaan terhadap tahanan di kem Guantanamo serta memiliki senjata pemusnah yang jauh lebih besar berbanding dengan Israel. Amerika juga telah membunuh ratusan ribu orang di Hiroshima dan Nagasaki dalam peristiwa atom di Jepun. Amerika Syarikat  juga telah menggunakan senjata kimia ' agent orange ' di Vietnam dan fosfur putih dalam Perang Iraq serta melakukan kebrutalan di negara Afghanistan , Pakistan , dan Sudan. Korbannya dalam peperangan dengan Amerika amat besar daripada yang dilakukan Israel.

Demi menutup nafsu imperialismenya, Amerika Syarikat berdalih dengan menggunakan alasan palsu kononya segala tindakan itu adalah untuk membendung komunisme, melawan teroris yang mengancam keamanan nasional.  Negara Amerika semakin mantap menjadi negara biadap nombor satu dunia dengan kaedah mendukung negara Israel . Berdasarkan kaedah itulah Israel bebas melakukan pembantaian di Palestin. 

Namun begitu, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari serangan Israel di Gaza. Pengajaran ini menjadi dorongan untuk melancarkan proses penegakan semula Khalifah Islam. Pertama umat Islam tidak akan percaya lagi dengan pemimpin kaum muslimin yang jelas mengkhianati amanah terhadap ummah. Pemimpin kaum Muslimin tidak seberani Bolivia dan Venezuela yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara zionis itu malah mengusir para diplomatnya. Pemimpin seperti Hosni Mubarak , Mesir , secara berani telah menghalang perbatasan Mesir - Palestin dan menyekat bentuk bantuan asas kepada umat Palestin. Lebih celaka lagi, Hosni Mubarak menunding jari menyalahkan Hamas dan tidak meletakkan kesalahan ke atas Israel yang telah membunuh banyak umat Islam. 

Ketidakpercayaan umat kepada pemimpin ini menunjukkan signal positif yang khilafah akan tertegak kembali dalam jangka masa terdekat. Sebab salah satu penghalang terbinanya khilafah adalah dengan tindakan penguasa pengkhianat yang masih disokong rakyat. Jika rakyat sudah tidak percaya maka tibanya waktu untuk umat bergerak menumbangkan mereka dan menggantikannya dengan pemimpin Islam sejati iaitu Khalifah. Kedua, umat Islam ialah umat yang satu . Reaksi membela gaza meskipun sebatas demonstrasi, ia berlaku diseluruh pelosok dunia. Puluhan juta umat Islam dari pelbagai penjuru dunia menunjukkan bahawa umat Islam membantah dan tidak rela saudara mereka dibantai seperti anjing . Apatah lagi perkara itu berlaku di bumi suci Palestin yang wujud Masjid Aqsa. 



Hal ini menunjukan umat Islam mampu bergerak bersama sama dalam satu isu yang sama iaitu Palestin. Kenyataan ini secara spontan membantah persepsi yang mengatakan " Umat Islam tidak mungkin bersatu " . Jika Khalifah dianggap penting oleh umat Islam di serata dunia , kita yakin yang umat juga akan bergerak bersama sama menuntutnya. Gerakan umat Islam yang menentang kebiadapan Israel merupakan jawapan bagi kelompok liberal - sekular yang selalu bersikap pesimis bahawa umat mustahil untuk bersatu, umat sukar untuk bergerak dan sebagainya. Kini terbukti kesedaran umat melampaui para penguasa dan parti sekular yang hanya berdiam diri. 

Penentangan umat Islam Gaza menggambarkan bahawa keberanian umat Islam yang didorong oleh akidah dan kewajipan jihad fi sabililah mampu bertahan melawan serangan Israel. Sebaliknya tentera - tentera Israel menunjukkan sikap sikap pengecut dan kelemahan mental mereka. Kecintaan umat Islam kepada jihad fi sabililah mengalahkan kecintaan pasukan kafir harbi kepada kehidupan fana ini.  Inilah modal besar untuk membuktikan jika umat Islam benar - benar berpegang teguh dengan akidah Islamiyah , kita akan sukar untuk ditewaskan.  Dengan akidah Islam  kita akan menjadi umat yang berani untuk berkorban dalam mengalahkan musuh. Khalifah yang akan muncul dalam tempoh yang terdekat ini menjadi perintis kepada pembinaan negara Islam yang kukuh dan ideal dengan unit ketenteraan yang kuat. 

Tidak ada ideologi lain kerana kita berjuang atas dasar akidah Islamiyah . Insya Allah , tentera - tentera khalifah akan mengalahkan negara biadap Amerika Syarikat dan proksinya yang hanya memfokuskan kecintaan terhadap materialisme dan imperialisme. Tentera khalifah akan berperanan seperti tentera Khalifah Umar Al Khattab yang telah membebaskan Palestin  serta pasukan tentera pimpinan Panglima Jihad iaitu Salahudin Al Ayubi yang mengusir tentera Salib dari taklukan Baitul Maqdis juga seperti askar Sultan Al Fateh yang berjaya menawan Konstantinopel. 

Ketiga, umat Islam semakin sedar dengan jawapan bahawa satu satunya langkah untuk membebaskan negara negara umat Islam yang dijajah ialah penegakan semula Khalifah yang kedua. Umat Islam telah menyaksikan organisasi seperti PBB, OIC, EU dan para penguasa Muslim yang gagal dan lemah dalam menghadapi pemerintahan diktator Israel. Berasaskan ideologi Islam, pemerintahan Islam global berperanan untuk menyatukan umat Islam diseluruh dunia dan menggerakkan jutaan tentera Islam dari pelbagai pelusuk untuk berjihad merampas semula Palestin. 

Kita sebenarya sudah memiliki kesemua aspek iaitu akidah yang satu, Quran , Rasul , Kiblat , Syariah yang satu. Kita juga memiliki populasi penduduk Islam dan kekayaan sumber alam yang luar biasa. tentera yang lebih dari mencukupi serta senjata yang padat. Kita hanya memerlukan satu hal iaitu Khalifah Islamiyah yang akan memberi kata pemutus dengan tujuan yang satu. Inilah objektif perjuangan kita semua.

Terjemahan - Penulis Minda Merdeka

No comments:

Post a Comment