Saturday, 9 March 2013

Peristiwa Lahad Komtar


Mesti termangu sejenak dengan tajuk tulisan ini . Bila dan di mana kejadian ini berlaku ? Ada ke tempat nama Lahad Komtar ? Mungkin itu persoalan kita. Sebenarnya Lahad Komtar hendak dikaitkan dengan kejadian demonstarsi oleh kumpulan - kumpulan massa yang popular terdiri dari Perkasa, Jaringan Muslimin Pulau Pinang dan beberapa puak pencak silat. Lahad diambil dari nama tempat peristiwa berdarah yang bernama Lahad Datu. Nama itu hendak menunjukkan kedashyatan politik Pulau Pinang ibarat Lahad Datu.  Adegan ini bertujuan untuk menentang tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng berkaitan isu kalimah Allah yang digesa olehnya supaya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membenarkannya digunakan dalam Bible Melayu. Sebelum ini pun pihak Jaringan Muslimin Pulau Pinang ( JMPP)  lebih awal ke hadapan membantah kenyataan Guan Eng yang sengaja mencetuskan provokasi agama . Tidak dinafikan yang tindakan Guan Eng merupakan strateginya untuk meraih sokongan undi di Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian ramai tambahan pula paluan gendang pilihan raya semakin hampir. Kalau dilihat dari segi latar Lim Guan Eng, beliau bukan seorang Kristian tetapi niatnya itu ternyata hanya modal politik . Tidak ada keuntungan Lim Guan Eng menyebelahi aspirasi penganut Kristian melainkan pengaruh politik. Selepas beliau mengungkapkan ayat - ayat politiknya, suasana menjadi kecoh di seluruh negara. Keseluruhan umat Islam terutama yang berlagak ustaz mengeluarkan fatwa "segera " yang dilihat hanya memburukkan agama seperti Ahli Parlimen Pasir Mas yang menyrtu supaya membakar Bible Melayu. Bagi kalangan ilmuwan Islam di Malaysia, ada yang pro dan kontra tetapi rata - rata dalam kalangan mereka tidak bersetuju kalimah Allah digunakan secara rasmi. Majlis Fatwa Kebangsaan juga tidak membenarkan penggunaan nama Allah dalam Bible. 

Kesan kecelupara Guan Eng telah membawa kesan negatif dan caca merba dalam masyarakat Malaysia terutama di Pulau Pinang . Serangan demi serangan berbentuk demonstrasi diteruskan oleh kumpulan - kumpulan Melayu Islam. Kumpulan Perkasa sememang wajib wujud dalam setiap anjuran demo yang bertujuan untuk melawan kerajaan Pulau Pinang. JMPP juga masih perlahan dalam setiap gerakannya tetapi menjadi agresif jika perarakan itu membabitkan Guan Eng. Sebenarnya penulis cuba mempersoalkan  niat mereka yang mengerakkan demon ini. Adakah mereka benar - benar memprotes Guan Eng atau sekadar modal politik ( political millage ) oleh pihak tertentu. Bagi penulis, tema demo ini sudah terlewat. Isu ini dianggap selesai kerana para ulama Malaysia telah memberi fatwa muktamad dan lengkap. Oleh yang demikian, isu ini wajib ditutup dari disentimen secara marak oleh kumpulan ghaib . Isu semasa ialah soal keselamatan di Lahad Datu yang membabitkan kedaulatan negara. Sepatutnya isu itulah yang didiskusikan, bukan kalimah Allah  yang telah dijelaskan oleh para ulama sebelum ini. Bagi penulis, isu yang dibawa oleh para protester ini sekadar mainan politik sahaja. 

Komtar memang menjadi sasaran mana mana kumpulan untuk melampiaskan kemarahan terhadap kerajaan Pulau Pinang, bukan Padang Kota, bukan Queensbay Mall. Selain dari kelompok Islam yang berdemo, ada juga dari kalangan India Dap yang menggunakan medium ini untuk berdemo seperti yang dilihat sebelum ini.Lokasinya ialah Komtar sedangkan kerajaan negeri mengiktiraf lokasi Padang Kota sebagai tempat untuk berhimpun dan bersuara . Persoalannya, mengapa Komtar yang menjadi sasaran. Bukankah Komtar itu kawasan pelancongan , pusat beli - belah, tempat bersejarah dan lokasi yang sibuk.. Jawapannya ialah Komtar dianggap lokasi yang sesuai untuk menunjukkan penentangan terhadap kerajaan. Sebarang demonstrasi yang dilakukan di Komtar akan membantutkan kelancaran pengurusan di sekitarnya. Kedai penjaja ditutup. Kenderaan bertambah sesak. Kesemua operasi disekitarnya terjejas . Hal ini akam memberi tekanan kepada pihak kerajaan negeri untuk menangai masalah ini. Caranya ialah menutup pintu kerajaan dan mengarahkan polis mengambil tindakan susulan. Selepas itu berlaku ketegangan antara polis dan para protester. Beberapa pemimpin kumpulan terlibat ditangkap dan keadaan akan menjadi lebih marak lagi. Mereka akan melakukan perkara yang sama seperti Bersih telah lakukan. Tunjuk perasaan diadakan dengan lebih kerap .

Apabila Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, beliau yang kurang pengalaman mentadbir telah berhadapan dengan perarakan raksasa dari kumpulan SEDAQ, yang juga perarakan pertama menentang DAP dan lokasinya ialah Komtar. Selepas itu, banyak demo yang terus dihidupkan sehingga muncul kumpulan pemuda Pertiga yang berdemo di Komtar mendesak Guan Eng menyediakan litar lumba untuk kumpulan mat rempit. Abdul Ghani Jiman merupakan watak antagonis bagi Guan Eng kerana dia lah yang paling ekstrem melawan DAP. Antara demo yang Ghani lakukan ialah menghadiahkan kek tahi semasa hari jadi, Demo Keranda iaitu hadiah keranda kepada Een Wei, Adun Komtar . Demo anti Guan Eng yang menyebabkan dia ditahan. Demo Bikini iaitu hadiah pakaian dalaman wanita kepada Guan Eng dan beberapa lagi demo termasuklah demo Kalimah Allah . Itulah antara contoh yang menjadi bukti bahawa peristiwa yang berlaku di Komtar tidak banyak beza dengan Lahad Datu. Cuma yang berbeza ialah kes di Lahad Datu melibatkan sesama agama dan wilayah manakala Lahad Komtar membabitkan perbezaan agama dan sentimen politik kepartian. Ustaz Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda Pas dan Pengerusi JMPP juga adalah tubuh yang menyerang institusi Guan Eng, Ustaz Hafiz menjadi sosok yang sedang mengembang apabila beliau juga merancang beberapa demonstarsi di Komtar . Antara isu yang dibangkitkan ialah Islam dan kejahatan DAP. Sebab itu penulis mengatakan yang peristiwa di Komtar ini hampir sama dengan ketengangan yang berlaku di Lahad Datu . Cuma Lahad Komtar masih belum melibatkan pertumpahan darah. Baru- baru ini, demo yang melibatkan watak yang sama juga telah bertindak agresif dengan cubaan memecahkan pintu pejabat pentadbiran negeri kerana berang apabila tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan. 

Itulah bukti - bukti ysng menguatkan teori penulis bahawa sejarah Pulau Pinang Moden perlu memasukkan satu bab tentang Lahad Komtar. Disinilah segala penetangan berlaku. Di Komtar juga menjadi tempat sesuai untuk melakukan kegiatan politik. Komtar juga terpahat seribu sejarah yang mengigaukan politik perkauman. Satu isu yang melibatkan kaum, Komtar menjadi tapak serangan. Adakah Lahad Komtar akan berlaku lagi, tunggu dan lihat. 


                                                                                                                         Penulis Lemah

                                                                                                                             Rizal.

No comments:

Post a Comment