Di samping penerapan syariah Islam, hubungan Nusantara dengan Khilafah Islam pun terjalin. Pada tahun 100 H (718 M) Raja Sriwijaya Jambi yang bernama Srindravarman mengirim surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Khilafah Bani Umayyah. Sang Raja meminta dikirimi dai yang bisa menjelaskan Islam kepadanya. Dua tahun kemudian, yakni tahun 720 M, Raja Srindravarman, yang semula Hindu, masuk Islam. Sriwijaya Jambi pun dikenal dengan nama Sribuza Islam. (Ayzumardi Azra, 2005).
Sebahagian pengembang dakwah Islam juga merupakan utusan langsung yang dikirim oleh Khalifah melalui amilnya. Tahun 808H/1404M adalah awal kali ulama utusan Khalifah Muhammad I ke Pulau Jawa (yang kelak dikenal dengan nama Walisongo). Setiap periode ada utusan yang tetap dan ada pula yang diganti. Pengiriman ini dilakukan selama lima periode. (Rahimsyah, Kisah Wali Songo, t.t., Karya Agung Surabaya, hlm. 6).
Bernard Lewis (2004) menyebutkan bahwa pada tahun 1563 penguasa Muslim di Aceh mengirim seorang utusan ke Istanbul untuk meminta bantuan melawan Portugis. Dikirimlah 19 kapal perang dan sejumlah kapal lainnya pengangkut persenjataan dan persediaan; sekalipun hanya satu atau dua kapal yang tiba di Aceh.
Hubungan ini tampak pula dalam penganugerahan gelaran kehormatan. Abdul Qadir dari Kesultanan Banten, misalnya, tahun 1048 H (1638 M) dianugerahi gelar Sultan Abulmafakir Mahmud Abdul Kadir oleh Syarif Zaid, Syarif Makkah saat itu. Pangeran Rangsang dari Kesultanan Mataram memperoleh gelaran sultan dari Syarif Makkah tahun 1051 H (1641 M) dengan gelar, Sultan Abdullah Muhammad Maulana Matarami. (Ensiklopedia Tematik Dunia Islam Asia Tenggara, 2002). Bahkan Banten sejak awal memang menganggap dirinya sebagai Kerajaan Islam, dan tentunya termasuk Dar al-Islam yang ada di bawah kepemimpinan Khalifah Turki Utsmani di Istanbul. (Ensiklopedia Tematis Dunia Islam, Struktur Politik dan Ulama: Kesultanan Banten, 2002).
Selain itu, Snouck Hurgrounye, sebagaimana yang dikutip oleh Deliar Noer, mengungkapkan bahwa rakyat kebanyakan pada umumnya di Indonesia, melihat stambol (Istanbul, ibukota Khalifah Usmaniyah) senantiasa sebagai kedudukan seorang raja semua orang Mukmin dan tetap (dipandang) sebagai raja dari segala raja di dunia. (Deliar Noer, 1991).
Penjajah Belanda Menghapuskan Jejak Itu
Pada masa penjajahan, Belanda berupaya menghapuskan penerapan syariah Islam oleh hampir seluruh kesultanan Islam di Indonesia. Salah satu langkah penting yang dilakukan Belanda adalah menyusupkan pemikiran dan politik sekular melalui Snouck Hurgronye. Dia menyatakan dengan tegas bahwa musuh kolonialisme bukanlah Islam sebagai agama. (H. Aqib Suminto, 1986).
Dari pandangan Snouck tersebut penjajah Belanda kemudian berupaya melemahkan dan menghancurkan Islam dengan 3 cara. Pertama: memberangus politik dan institusi politik/pemerintahan Islam. Dihapuslah kesultanan Islam. Contohnya adalah Banten. Sejak Belanda menguasai Batavia, Kesultanan Islam Banten langsung diserang dan dihancurkan. Seluruh penerapan Islam dicabut, lalu diganti dengan peraturan kolonial.
Kedua: melalui kerjasama raja/sultan dengan penjajah Belanda. Hal ini tampak di Kerajaan Islam Demak. Pelaksanaan syariah Islam bergantung pada sikap sultannya. Di Kerajaan Mataram, misalnya, penerapan Islam mulai menurun sejak Kerajaan Mataram dipimpin Amangkurat I yang bekerjasama dengan Belanda.
Ketiga: dengan menyebar para orientalis yang dipelihara oleh pemerintah penjajah. Pemerintah Belanda membuat Kantoor voor Inlandsche zaken yang lebih terkenal dengan kantor agama (penasihat pemerintah dalam masalah pribumi). Kantor ini bertugas membuat ordonansi (UU) yang mengebiri dan menghancurkan Islam. Salah satu pimpinannya adalah Snouck Hurgronye. Dikeluarkanlah: Ordonansi Peradilan Agama tahun 1882, yang dimaksudkan agar politik tidak mencampuri urusan agama (sekularisasi); Ordonansi Pendidikan, yang menempatkan Islam sebagai saingan yang harus dihadapi; Ordonansi Guru tahun 1905 yang mewajibkan setiap guru agama Islam memiliki izin; Ordonansi Sekolah Liar tahun 1880 dan 1923, yang merupakan percobaan untuk membunuh sekolah-sekolah Islam. Sekolah Islam didudukkan sebagai sekolah liar. (H. Aqib Suminto, 1986).
Demikianlah, syariah Islam mulai diganti oleh penjajah Belanda dengan hukum-hukum sekular. Hukum-hukum sekular ini terus berlangsung hingga sekarang. Walhasil, tidak salah jika dikatakan bahwa hukum-hukum yang berlaku di negeri ini saat ini merupakan warisan dari penjajah; sesuatu yang justru seharusnya dienyahkan oleh kaum Muslim, sebagaimana mereka dulu berhasil mengenyahkan sang penjajah: Belanda.
Saturday, 23 March 2013
Album Sempena Kejatuhan Khilafah Uthmaniah Tahun ke-89
Hari ini 3 Mac 2013, genaplah kejatuhan Khilafah Uthmaniah tahun ke-89 sejak sistem tersebut dimansuhkan pada 3 Mac 1924. Saya ingin melampirkan gambar-gambar yang saya petik dari akaun laman sosial Facebook iaitu 'Ottoman History Picture Archives'. Tempoh ini amat bermakna kepada kita semua kerana berakhirnya kepimpinan para Sahabat sejak kewafatan Rasullullah s.a.w. sehingga 1924. Berikut adalah gambar-gambar yang dipetik :
Sistem pemerintahan Khalifah yang dimansuhkan pada 3 Mac 1924. Khalifah Islam yang terakhir iaitu Sultan Abdul Majid Effendi yang diumumkan pemecatan baginda oleh Gabenor Istanbul dan Ketua Polis. Seramai 155 orang ahli-ahli keluarga Uthmaniah diusir daripada bumi Turki dengan Akta No. 431 iaitu Pemansuhan Sistem Pemerintahan Berkhalifah. Baginda diberi tempoh selama 24 jam untuk meninggalkan bumi Turki dan kerabat-kerabat Sultan yang lain diberi tempoh 10 hari. Kerabat diraja ini diusir ke negara lain seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Britain, Austria, Mesir dan Lebanon. Undang-undang pengusiran ini ditarik semula pada 1952 untuk ahli kerabat wanita dan 1974 untuk ahli kerabat lelaki.
Segak dan Bergaya : Anak-anak lelaki dan anak saudara Sultan Abdul Hameed Khan II
Meriam-meriam Kerajaan Uthmaniah dan Aceh Selepas Menentang Belanda yang Mengepung Aceh, Indonesia Pada 1874
Gambar yang Diambil pada November 1839 iaitu Kapal Perang Mecidiye
Murid-murid Sekolah Tentera Uthmaniah di Skopje, Macedonia
Peta Amerika dan Lautan Pasifik yang Dilakarkan oleh Kerajaan Uthmaniah pada 1650
Perarakan Penghormatan Kepada Sultan Abdul Hameed II Selepas Solat Jumaat
Sultan Mahmud Wahiduddin
Tentera Uthmaniah Semasa Perang Gallipoli
Sultan Abdul Hameed Khan II (1876-1909) : Sultan Uthmaniah yang Terakhir yang Mempunyai Kuasa dan Merupakan Khalifah Islam ke-99.
Balai Polis di Istanbul pada Tahun 1890
Gagah Perkasa : Tentera Uthmaniah dari Puak Kurdish Semasa Perang Gallipoli
Kita sekarang berada di zaman Islam mengalami kemerosotan. Mudah-mudahan kita sempat berada di zaman kegemilangan Islam yang akan muncul suatu hari nanti. Insya-Allah.
Peta Amerika dan Lautan Pasifik yang Dilakarkan oleh Kerajaan Uthmaniah pada 1650
Perarakan Penghormatan Kepada Sultan Abdul Hameed II Selepas Solat Jumaat
Sultan Mahmud Wahiduddin
Stesen Kereta Api Kerajaan Uthmaniah di Ankara pada tahun 1913
Sultan Abdul Hameed Khan II (1876-1909) : Sultan Uthmaniah yang Terakhir yang Mempunyai Kuasa dan Merupakan Khalifah Islam ke-99.
Balai Polis di Istanbul pada Tahun 1890
Gagah Perkasa : Tentera Uthmaniah dari Puak Kurdish Semasa Perang Gallipoli
Kapal Selam Khilafah Uthmaniah jenis Nordenfelt iaitu Kapal Selam Pertama di dunia yang Boleh Melancarkan Peluru Berpandu di bawa Aras Laut
Meriam Sultan Muhammad al-Fateh yang digunakan untuk Menakluk Constantinople pada Tahun 1453
Gagah Perkasa : Sultan Abdul Hameed II di Usia Muda
Kita sekarang berada di zaman Islam mengalami kemerosotan. Mudah-mudahan kita sempat berada di zaman kegemilangan Islam yang akan muncul suatu hari nanti. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
Saturday, 9 March 2013
Peristiwa Lahad Komtar
Mesti termangu sejenak dengan tajuk tulisan ini . Bila dan di mana kejadian ini berlaku ? Ada ke tempat nama Lahad Komtar ? Mungkin itu persoalan kita. Sebenarnya Lahad Komtar hendak dikaitkan dengan kejadian demonstarsi oleh kumpulan - kumpulan massa yang popular terdiri dari Perkasa, Jaringan Muslimin Pulau Pinang dan beberapa puak pencak silat. Lahad diambil dari nama tempat peristiwa berdarah yang bernama Lahad Datu. Nama itu hendak menunjukkan kedashyatan politik Pulau Pinang ibarat Lahad Datu. Adegan ini bertujuan untuk menentang tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng berkaitan isu kalimah Allah yang digesa olehnya supaya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membenarkannya digunakan dalam Bible Melayu. Sebelum ini pun pihak Jaringan Muslimin Pulau Pinang ( JMPP) lebih awal ke hadapan membantah kenyataan Guan Eng yang sengaja mencetuskan provokasi agama . Tidak dinafikan yang tindakan Guan Eng merupakan strateginya untuk meraih sokongan undi di Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian ramai tambahan pula paluan gendang pilihan raya semakin hampir. Kalau dilihat dari segi latar Lim Guan Eng, beliau bukan seorang Kristian tetapi niatnya itu ternyata hanya modal politik . Tidak ada keuntungan Lim Guan Eng menyebelahi aspirasi penganut Kristian melainkan pengaruh politik. Selepas beliau mengungkapkan ayat - ayat politiknya, suasana menjadi kecoh di seluruh negara. Keseluruhan umat Islam terutama yang berlagak ustaz mengeluarkan fatwa "segera " yang dilihat hanya memburukkan agama seperti Ahli Parlimen Pasir Mas yang menyrtu supaya membakar Bible Melayu. Bagi kalangan ilmuwan Islam di Malaysia, ada yang pro dan kontra tetapi rata - rata dalam kalangan mereka tidak bersetuju kalimah Allah digunakan secara rasmi. Majlis Fatwa Kebangsaan juga tidak membenarkan penggunaan nama Allah dalam Bible.
Kesan kecelupara Guan Eng telah membawa kesan negatif dan caca merba dalam masyarakat Malaysia terutama di Pulau Pinang . Serangan demi serangan berbentuk demonstrasi diteruskan oleh kumpulan - kumpulan Melayu Islam. Kumpulan Perkasa sememang wajib wujud dalam setiap anjuran demo yang bertujuan untuk melawan kerajaan Pulau Pinang. JMPP juga masih perlahan dalam setiap gerakannya tetapi menjadi agresif jika perarakan itu membabitkan Guan Eng. Sebenarnya penulis cuba mempersoalkan niat mereka yang mengerakkan demon ini. Adakah mereka benar - benar memprotes Guan Eng atau sekadar modal politik ( political millage ) oleh pihak tertentu. Bagi penulis, tema demo ini sudah terlewat. Isu ini dianggap selesai kerana para ulama Malaysia telah memberi fatwa muktamad dan lengkap. Oleh yang demikian, isu ini wajib ditutup dari disentimen secara marak oleh kumpulan ghaib . Isu semasa ialah soal keselamatan di Lahad Datu yang membabitkan kedaulatan negara. Sepatutnya isu itulah yang didiskusikan, bukan kalimah Allah yang telah dijelaskan oleh para ulama sebelum ini. Bagi penulis, isu yang dibawa oleh para protester ini sekadar mainan politik sahaja.
Komtar memang menjadi sasaran mana mana kumpulan untuk melampiaskan kemarahan terhadap kerajaan Pulau Pinang, bukan Padang Kota, bukan Queensbay Mall. Selain dari kelompok Islam yang berdemo, ada juga dari kalangan India Dap yang menggunakan medium ini untuk berdemo seperti yang dilihat sebelum ini.Lokasinya ialah Komtar sedangkan kerajaan negeri mengiktiraf lokasi Padang Kota sebagai tempat untuk berhimpun dan bersuara . Persoalannya, mengapa Komtar yang menjadi sasaran. Bukankah Komtar itu kawasan pelancongan , pusat beli - belah, tempat bersejarah dan lokasi yang sibuk.. Jawapannya ialah Komtar dianggap lokasi yang sesuai untuk menunjukkan penentangan terhadap kerajaan. Sebarang demonstrasi yang dilakukan di Komtar akan membantutkan kelancaran pengurusan di sekitarnya. Kedai penjaja ditutup. Kenderaan bertambah sesak. Kesemua operasi disekitarnya terjejas . Hal ini akam memberi tekanan kepada pihak kerajaan negeri untuk menangai masalah ini. Caranya ialah menutup pintu kerajaan dan mengarahkan polis mengambil tindakan susulan. Selepas itu berlaku ketegangan antara polis dan para protester. Beberapa pemimpin kumpulan terlibat ditangkap dan keadaan akan menjadi lebih marak lagi. Mereka akan melakukan perkara yang sama seperti Bersih telah lakukan. Tunjuk perasaan diadakan dengan lebih kerap .
Apabila Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, beliau yang kurang pengalaman mentadbir telah berhadapan dengan perarakan raksasa dari kumpulan SEDAQ, yang juga perarakan pertama menentang DAP dan lokasinya ialah Komtar. Selepas itu, banyak demo yang terus dihidupkan sehingga muncul kumpulan pemuda Pertiga yang berdemo di Komtar mendesak Guan Eng menyediakan litar lumba untuk kumpulan mat rempit. Abdul Ghani Jiman merupakan watak antagonis bagi Guan Eng kerana dia lah yang paling ekstrem melawan DAP. Antara demo yang Ghani lakukan ialah menghadiahkan kek tahi semasa hari jadi, Demo Keranda iaitu hadiah keranda kepada Een Wei, Adun Komtar . Demo anti Guan Eng yang menyebabkan dia ditahan. Demo Bikini iaitu hadiah pakaian dalaman wanita kepada Guan Eng dan beberapa lagi demo termasuklah demo Kalimah Allah . Itulah antara contoh yang menjadi bukti bahawa peristiwa yang berlaku di Komtar tidak banyak beza dengan Lahad Datu. Cuma yang berbeza ialah kes di Lahad Datu melibatkan sesama agama dan wilayah manakala Lahad Komtar membabitkan perbezaan agama dan sentimen politik kepartian. Ustaz Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda Pas dan Pengerusi JMPP juga adalah tubuh yang menyerang institusi Guan Eng, Ustaz Hafiz menjadi sosok yang sedang mengembang apabila beliau juga merancang beberapa demonstarsi di Komtar . Antara isu yang dibangkitkan ialah Islam dan kejahatan DAP. Sebab itu penulis mengatakan yang peristiwa di Komtar ini hampir sama dengan ketengangan yang berlaku di Lahad Datu . Cuma Lahad Komtar masih belum melibatkan pertumpahan darah. Baru- baru ini, demo yang melibatkan watak yang sama juga telah bertindak agresif dengan cubaan memecahkan pintu pejabat pentadbiran negeri kerana berang apabila tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan.
Itulah bukti - bukti ysng menguatkan teori penulis bahawa sejarah Pulau Pinang Moden perlu memasukkan satu bab tentang Lahad Komtar. Disinilah segala penetangan berlaku. Di Komtar juga menjadi tempat sesuai untuk melakukan kegiatan politik. Komtar juga terpahat seribu sejarah yang mengigaukan politik perkauman. Satu isu yang melibatkan kaum, Komtar menjadi tapak serangan. Adakah Lahad Komtar akan berlaku lagi, tunggu dan lihat.
Penulis Lemah
Rizal.
Subscribe to:
Posts (Atom)