Namanya pun sudah mengerunkan apatah lagi pengisian di sebalik nama itu. Walaupun sejarah mengatakan Jamaludin Al Afghani merupakan sosok tubuh pertama yang mencetuskan fenomena Pan Islamisme tetapi hakikatnya gerakan Pan Islamisme ini telah didokong oleh para anbiyak yang dirahmati Allah Swt. Kesemua para nabi dan rasul tidak didatangkan melainkan menjadi mentor pemersatuan manusia untuk mentauhidkan Allah Al Kabir. Perjuangan Jamaludin Al Afghani sebagai tokoh Pan Islamisme lebih cenderung kepada kekuatan politik umat Islam untuk menghalau penjajah kafir dikala dunia Islam berada dalam keadaan yang lemah . Oleh itu, Jamaludin dan anak muridnya Muhammad Abduh telah memulakan proses gerak kerja untuk memperbaiki situasi umat Islam yang kian parah. Bermula dari sekecil sehingga sebesar isu, umat Islam hanya bijak berselisih faham tanpa mencari penyelesaian tuntas. Ideologi Pan Islamisme mendapat sokongan Khalifah Uthmani kerana ia merupakan satu strategi untuk menguatkan institusi kekhalifahan yang menerima tentangan hebat dari rakyat sendiri. Idea ini disebarkan keseluruh dunia Islam. Berbagai pendapat diutarakan antaranya ada yang mengatakan bahawa gerakan Pan Islamisme merupakan permainan penjajah untuk lebih mudah menjajah negeri negeri umat Islam atas alasan membendung keganasan.
Penulis tidak berhasrat untuk mengungkit kembali sejarah Pan Islamisme ini . Kini umat Islam perlu bermuafakat untuk merangka idea Pan Islamisme dalam bentuk Quranik dan Sunnah dalam usaha jihad membentuk kembali kesatuan sosial dan tauhid bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam dipersada dunia sepertimana yang ingin dicapai oleh Jamaludin dan Khalifah Uthmani. Pan Islamisme ini perlu berteraskan tauhid ,bukan kepada politik. Persengketaan umat Islam yang tidak kesudahan perlu dirungkai dengan idea Pan Islamisme. Tidak cukup sekadar mengadakan forum, konvensen ummmah, resolusi OIC, mesyuarat, kuliah, ceramah tetapi perlu ada putaran pantas diperingkat internasional merangkumi dunia barat iaitu pergerakan pemersatuan ummah dalam gerakan Islam . Tugas inilah yang perlu dipikul oleh pejuang pejuang Islam yang mulia. Gerakan Islam seperti Pas, Hizbut Tahrir, Abim, Jim , Isma, Jihad Islami, Hamas, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, Muhammadiyah untuk merangka satu perlembagaan umat dalam merealisasikan Pan Islamisme. Dari sudut sejarah, Ikhwan Muslimin lebih berjaya dalam proses pewahidan umat ini kerana gerakan ini didokong oleh anggota yang berbagai latar negara. Oleh itu, gerakan Islam harus mengadakan satu pemuafakatan dalam dimensi mengikis semangat nasionalisme yang anti ukhwah dan perlu dirangkumkan dalam satu wadah Islamiyah dalam usaha mengembalikan Quran dan Sunnah sebagai kuasa dunia dan penegakan institusi Khalifah Islamiyah. Pertengkaran sesama gerakan Islam hanya menggagalkan usaha Pan Islamisme.
Pan Islamisme juga bertujuan untuk membebaskan umat Islam dari kemunduran kepada kecemerlangan. Jihad ini perlu disokong oleh pemerintah muslim bagi memberi kesan yang efektif terhadap usaha Pan Islamisme. Para raja , sultan, presiden, Perdana Menteri dan kerajaan Islam dituntut untuk menyokong dan memberi saluran bantuan terhadap pergerakan ini bagi memperkukuhkan aktiviti dan kekuatan pejuang dalam mengembangkan Pan Islamisme. Pan Islamisme sangat penting untuk mengubati penyakit umat yang masih belum sembuh. Penyatuan umat akan memberi rasa gentar kepada penjajah, Freemason, Illuminati, Zionis , Amerika, Britain untuk menindas umat Islam kerana kesatuan ummat mampu menumpaskan kuasa mereka malah mereka akan mampu ditadbir oleh orang Islam. Perkara ini sudah berlaku sejak zaman Kekhalifahan Islam lagi.
Para intelek, ahli sarjana, guru, ahli politik , ahli perniagaan dan kesemua orang perlu memikirkan masalah Pan Islamisme ini kerana kesemua mereka mempunyai daya fikir yang tinggi dan kepakaran serta pengalaman masing masing. Ringkasnya, kesemua sosio struktur masyarakat mempunyai peranan yang kuat dalam merangka kembali jihad Pan Islamisme bagi menguatkan kembali kedaulatan umat yang 83 tahun telah dijarah dan dipijak oleh kaum kafir setelah tumpasnya kuasa kerajaan Islam Uthmaniyah . Oleh itu Pan Islamisme adalah ubat untuk memulihkan umat dalam mengharungi dunia yang kian ganas dan jihad ummat diperlukan untuk membangunkan kuasa umat Islam berteraskan Quran dan Sunnah dalam memimpin dunia.
Tokoh yang mulia , Rasulullah Saw wajib dijadikan model segenap lapangan hidup dan dijadikan rujukan dalam idea Pan Islamisme. Ini dapat dilihat dalam sirah dimana Nabi mengukhwahkan bani Aus dan Khazraj dan mengikhwankan Ansar dan Muhajirin atas prinsip tauhid. Tokoh lain seperti Hasan Al Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Syeikh Ahmad Deedat, Ustaz Fadzil Noor, Dr Burhanudin Al Helmi, dan pemimpin - pemimpin gerakan Islam lain mesti dimodelkan dalam rencana Pan Islamisme kerana jihad dan matlamat mereka adalah untuk mempersatukan umat Islam. Jadi pemikiran mereka yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam perlu diikuti.
Contoh seperti Syeikh Ahmad Yassin, seorang yang lumpuh, buta sebelah mata tetapi mampu mengerak sebatalion umat Islam Palestin menentang kerajaan Zionis laknatullah. Hal ini menunjukkan wujud satu keistimewaan disebalik kejayaan Syeikh Ahmad Yassin menyatukan umat Islam. Ia perlu dikaji semula oleh kita untuk menjayakan matlamat Pan Islamisme
Pan Islamisme ini dicoret sekilas pandang sebagai usaha baik yang kerdil untuk melihat kembali kekuatan yang dimiliki dibina semula oleh mujaddid dan umat Islam yang telah dirobek maruah . Pan Islamisme akan melunturkan kekuatan penjahat kafir dan menggegarkan dunia bahawa umat Islam akan mengambil kembali takhta pemerintahan dunia sebagai mana sebelum tahun 1924. Allahuakbar
Penulis lemah - Rizal
Penyokong Hizbut Tahrir.
No comments:
Post a Comment