Sunday, 17 February 2013

Gerakan Khilafat India -Pencapaiannya


Perang Dunia Pertama menyebabkan berlakunya kejatuhan Khalifah Turki. Kejatuhan empayar Turki menerima pelbagai respon daripada muslim seluruh dunia kerana mereka menganggap Turki Uthmaniyyah merupakan wakil pemerintah Islam. India tidak terkecuali. Khilafat ditubuhkan. Tujuannya memprotes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah. Gerakan ini dipimpin oleh Shaukat Ali, Muhammad Ali dan Maulana Kalam Azad Khan. 

Shaukat Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1873. Mendapat pendidikan di Universiti Aligarh. Aktif dalam sukat kriket. Beliau perbah dipenjarakan bersama adiknya Mohamad Ali pada 1915. Beliau menjadi presiden Khilafat yang pertama .


Mohamad Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1878. Mendapat pendidikan di Madrasah Aligarh dan Oxford University pada 1898 dalam jurusan Sejarah Moden. Apabila pulang semula ke India, beliau menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Rampur. Aktif dalam Kongres Kebangsaan India (KKI) dan Liga Muslim.



Maulana Kalam Azad Khan

Beliau dilahirkan pada 11 November 1888 dan merupakan Hindu Muslim. Beliau menyokong idea Gandhi. Seorang cendiakawan Muslim yang aktif dalam penulisan puisi dan risalah dalam bahasa Urdu (agama dan falsafah). Pada 1912, beliau menerbitkan akhbar Hilal. Beliau menyeru agar pemuda muslim berjuang ke arah kemerdekaan dan menghidupkan Persatuan Hindu Muslim.

Pencapaian Khilafat.

1. Sentimen Anti-British

Peranan Syaukat Ali dan Mohamad Ali dalam menyuburkan sentimen anti-British telah membuka mata masyarakat India. Mereka bertindak menyeru masyarakat supaya memboikot barangan buatab England seperti kain. Tindakan ini adalah inspirasi daripada kejayaan boikot barangan Itali semasa Perang Tripolitan 1911 dan dicadangkan oleh Hasrat Mohani. Antara golongan yang menyokong ialah orang penting India seperti Abdul Ghaffar dan pedagang kaya seperti Omar Sobani. Mahatma Gandhi turut terlibat sama dalam gerakan ini. Bagi mengelakkan masyarakat atau penyokong-penyokong ini menganggur, sebanyak 20 lakh telah diberikan kepada mereka oleh pemimpin gerakan Khilafat sebagai gaji dan bertujuan membeli alat pemintal benang. Kesannya, industri kain yang dijalankan oleh masyarakat tempatan semakin rancak.

2. Penyatuan Hindu Muslim
Tindakan Gandhi memperjuangkan pembebasan adik beradik Ali dari penjara merupakan awal dari penyatuan ini. Gandhi dan adik-beradik Ali berjaya membawa masyarakat India melihat kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Segala permusushan Hindu Muslim selama ini berjaya dilupakan buat sementara. Mereka membawa isu swaraj (berkerajaan sendiri) dan anti- British. Para pemimpin Hindu juga diterima memberikan ucapan di masjid Delhi selepas solat jumaat sebagai bukti penerimaan muslim terhadap hindu. Pengiktirafan Gandhi sebagai ahli eksekutif Khilafat juga dilihat merupakan titik awal penyatuan ini. Seterusnya, penglibatan aktif Gandhi dalam gerakan Khilafat dilihat dapat membuka mata orang Islam dan Hindu supaya bekerjasama menentang penjajah.

3. Penyatuan Kaum Muda dan Kaum Tua Muslim
Serangan tentera Berikat terhadap kerajaan Turki berjaya menyatukan dua golongan muslim di India iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merupakan golongan yang berfikiran kenservatif manakala Kaum Muda merupakan golongan yang berpendidikan dan liberal. Kes ini telah membuka mata mereka untuk bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing demi matlamat menghalang kejatuhan sultan Turki Uthmaniyyah. Mereka bergabung tenaga dan hal ini dapat dibuktikan apabila Mahmud Al Hassan (Kaum Tua) mengumpul orang-orang muda di India supaya mereka boleh dijadikan tentera di Turki.

4. Sambutan Hari Khilafat
Sambutan ini dianggotai oleh KKI dan masyarakat muslim. Sambutan ini diadakan pada bulan Oktober. Pada hari ini, mereka yang mneyambutnya akan menutup kedai mereka dan berpuasa serta mengadakan solat hajat. Selain itu, mereka juga tidak akan menerima sebarang gelaran kerajaan , tidak membayar cukai dan bercuti sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan British. Sokongan ditunjukkan apabila di Madras, seramai 200 orang muslim dan Hindu menyertai hartal . Pada waktu ini juga, mesyuarat mengenai protes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah dilakukan di Bihar.

5. Mewujudkan Konfrantasi Khilafat dan Resolusi Nagpur
Konfrantasi Khilafat diadakan pada 23 November 1919. Konfrantasi ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Antara seruan yang dilaungkan ialah supaya umat Islam memboikot dan tidak bekerjasama dengan British sekiranya pihak kolonial tidak menyelesaikan isu Turki. Usul-usul lain pula ialah supaya tentera tidak terlibat dalam pergolakan Asia Barat dan memboikot pengundian pilihan raya Jabatan Reformasi . Kesannya, 80 peratus ahli jabatan tersebut memboikot pilihan yang dijalankan. Ribuan mahasiswa turut memboikot sekolah dan kolej misalnya di National Muslim University , Aligarh. 

6. Penghijrahan ke Afganistan

Maulana Abd Bai, Syaukat Ali dan Abdul Kalam Azad Khan telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam tinggal di India (Darul Harb-Zon perang menentang Muslim) dan mereka harus berhijrah ke Afghanistan (Darul Islam). Fatwa ini menyebabkan seramai 18 000 umat Islam telah berhijrah ke sana tetapi tidak diterima oleh kerajaan Afghanistan. Tindakan ini merupakan reaksi terbesar masyarakat muslim sebagai protes terhadap ancaman British di Turki.

Secara keseluruhannya, tidak semua tindakan yang dijalankan oleh gerakan Khilafat mencapai kejayaan. Namun, usaha dan kesungguhan para pemimpinnya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk bersatu menentang kolonialisme. Gerakan ini berakhir apabila Turki diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  yang memperkenalkan sekularisme pada 1924. Namun, perjuangan gerakan ini telah disambung oleh Liga Muslim yang lebih mementingkan penubuhan negara Islam.


Sumber - http://nurilham-mencarijalanterang.blogspot.com

Tuesday, 12 February 2013

Kembalikan Pan Islamisme

 Namanya pun sudah mengerunkan apatah lagi pengisian di sebalik nama itu. Walaupun sejarah mengatakan Jamaludin Al Afghani merupakan sosok tubuh pertama yang mencetuskan fenomena Pan Islamisme tetapi hakikatnya gerakan Pan Islamisme ini telah didokong oleh para anbiyak yang dirahmati Allah Swt. Kesemua para nabi dan rasul tidak didatangkan melainkan menjadi mentor pemersatuan manusia untuk mentauhidkan Allah Al Kabir. Perjuangan Jamaludin Al Afghani sebagai tokoh Pan Islamisme lebih cenderung kepada kekuatan politik umat Islam untuk menghalau penjajah kafir dikala dunia Islam berada dalam keadaan yang lemah . Oleh itu, Jamaludin dan anak muridnya Muhammad Abduh telah memulakan proses gerak kerja untuk memperbaiki situasi umat Islam yang kian parah. Bermula dari sekecil sehingga sebesar isu, umat Islam hanya bijak berselisih faham tanpa mencari penyelesaian tuntas. Ideologi Pan Islamisme mendapat sokongan Khalifah Uthmani kerana ia merupakan satu strategi  untuk menguatkan institusi kekhalifahan yang menerima tentangan hebat dari rakyat sendiri. Idea ini disebarkan keseluruh dunia Islam. Berbagai pendapat diutarakan antaranya ada yang mengatakan bahawa  gerakan Pan Islamisme merupakan permainan penjajah untuk lebih mudah menjajah negeri negeri umat Islam atas alasan membendung keganasan. 

Penulis tidak berhasrat untuk mengungkit kembali sejarah Pan Islamisme ini . Kini umat Islam perlu bermuafakat untuk merangka idea Pan Islamisme dalam bentuk Quranik dan Sunnah dalam usaha jihad membentuk kembali kesatuan sosial dan tauhid bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam dipersada dunia sepertimana yang ingin dicapai oleh Jamaludin dan Khalifah Uthmani. Pan Islamisme ini perlu berteraskan tauhid ,bukan kepada politik. Persengketaan umat Islam yang tidak kesudahan perlu dirungkai dengan idea Pan Islamisme. Tidak cukup sekadar mengadakan forum, konvensen ummmah, resolusi OIC, mesyuarat, kuliah, ceramah tetapi perlu ada putaran pantas diperingkat internasional merangkumi dunia barat iaitu pergerakan pemersatuan ummah dalam gerakan Islam . Tugas inilah yang perlu dipikul oleh pejuang pejuang Islam yang mulia. Gerakan Islam seperti Pas, Hizbut Tahrir, Abim, Jim , Isma, Jihad Islami, Hamas, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, Muhammadiyah untuk merangka satu perlembagaan umat dalam merealisasikan Pan Islamisme. Dari sudut sejarah, Ikhwan Muslimin lebih berjaya dalam proses pewahidan umat ini kerana gerakan ini didokong oleh anggota yang berbagai latar negara. Oleh itu, gerakan Islam harus mengadakan satu pemuafakatan dalam dimensi mengikis semangat nasionalisme yang anti ukhwah dan perlu dirangkumkan dalam satu wadah Islamiyah dalam usaha mengembalikan Quran dan Sunnah sebagai kuasa dunia dan penegakan institusi Khalifah Islamiyah. Pertengkaran sesama gerakan Islam hanya menggagalkan usaha Pan Islamisme. 

Pan Islamisme juga bertujuan untuk membebaskan umat Islam dari kemunduran kepada kecemerlangan. Jihad ini perlu disokong oleh pemerintah muslim bagi memberi kesan yang efektif terhadap usaha Pan Islamisme. Para raja , sultan, presiden, Perdana Menteri dan kerajaan Islam dituntut untuk menyokong dan memberi saluran bantuan terhadap pergerakan ini bagi memperkukuhkan aktiviti dan kekuatan pejuang dalam mengembangkan Pan Islamisme. Pan Islamisme sangat penting untuk mengubati penyakit umat yang masih belum sembuh. Penyatuan umat akan memberi rasa gentar kepada penjajah, Freemason, Illuminati, Zionis , Amerika, Britain untuk menindas umat Islam kerana kesatuan ummat mampu menumpaskan kuasa mereka malah mereka akan mampu ditadbir oleh orang Islam. Perkara ini sudah berlaku sejak zaman Kekhalifahan Islam lagi. 

Para intelek, ahli sarjana, guru, ahli politik , ahli perniagaan dan kesemua orang perlu memikirkan masalah Pan Islamisme ini kerana kesemua mereka mempunyai daya fikir yang tinggi dan kepakaran serta pengalaman masing masing. Ringkasnya, kesemua sosio struktur masyarakat mempunyai peranan yang kuat dalam merangka kembali jihad Pan Islamisme bagi menguatkan kembali kedaulatan umat yang 83 tahun telah dijarah dan dipijak oleh kaum kafir setelah tumpasnya kuasa kerajaan Islam Uthmaniyah . Oleh itu Pan Islamisme adalah ubat untuk memulihkan umat dalam mengharungi dunia yang kian ganas dan jihad ummat diperlukan untuk membangunkan kuasa umat Islam berteraskan Quran dan Sunnah dalam memimpin dunia. 

Tokoh yang mulia , Rasulullah Saw wajib dijadikan model segenap lapangan hidup dan dijadikan rujukan dalam idea Pan Islamisme. Ini dapat dilihat dalam sirah dimana Nabi mengukhwahkan bani Aus dan Khazraj dan mengikhwankan Ansar dan Muhajirin atas prinsip tauhid. Tokoh lain seperti Hasan Al Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Syeikh Ahmad Deedat, Ustaz Fadzil Noor, Dr Burhanudin Al Helmi, dan pemimpin - pemimpin gerakan Islam lain mesti dimodelkan dalam rencana Pan Islamisme kerana jihad dan matlamat mereka adalah untuk mempersatukan umat Islam. Jadi pemikiran mereka yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam perlu diikuti.
Contoh seperti Syeikh Ahmad Yassin, seorang yang lumpuh, buta sebelah mata tetapi mampu mengerak sebatalion umat Islam Palestin menentang kerajaan Zionis laknatullah. Hal ini menunjukkan wujud satu keistimewaan disebalik kejayaan Syeikh Ahmad Yassin menyatukan umat Islam. Ia perlu dikaji semula oleh kita untuk menjayakan matlamat Pan Islamisme

Pan Islamisme ini dicoret sekilas pandang sebagai usaha baik yang kerdil untuk melihat kembali kekuatan yang dimiliki dibina semula oleh mujaddid dan umat Islam yang telah dirobek maruah . Pan Islamisme akan melunturkan kekuatan penjahat kafir dan menggegarkan dunia bahawa umat Islam akan mengambil kembali takhta pemerintahan dunia sebagai mana sebelum tahun 1924. Allahuakbar


                                                                   Penulis lemah - Rizal

                                                                                 Penyokong Hizbut Tahrir.