Wednesday, 23 January 2013

Menanti Pelangi Kedamaian


Sejak period terakhir pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan sehinggalah waktu kini, pergolakan manusia dalam dunia Islam masih belum mencapai tahap penyembuhan malah menjadi kronik dan tiada tanda - tanda sembuh lagi . Umat Islam mempunyai berbagai - bagai krisis dalam sosok kehidupan mereka sendiri termasuk dalam soal - soal asas . Bermula dari isu ketuhanan sehingga kepada kaedah kehidupan. Umat Islam buntu untuk mencari solusi bagi menstruktur kehidupan  walaupun Allah telah memberi kriteria untuk menyelesaikan masalah kehidupan iaitu Al Quran dan Sunnah tetapi ummat yang diiktirafkan sebagai Khaira Ummah kekal jahil.

Penulis ingin memberi pandangan dalam isu politik. Hal ini demikian kerana keretakan ukhwah umat Islam sangat ketara dalam isu politik. Mereka yang terlibat dalam agenda politik sering mendakwa pendapat kumpulan partai merekalah yang betul , tepat , rasional , kritis dan tidak bohong dan menunding jari kesalahan kepada pihak lawan dengan tuduhan - tuduhan dari segi politik , agama, dan segala bentuk lapangan kehidupan. Perkara ini bukan berlaku di antara Islam dan bukan Islam tetapi sesama akidah Islam. Buktinya dapat dirujuk terhadap perkembangan politik antara Pas , Umno , Hizbut Tahrir, dan gerakan NGO - NGO  Islam lain. Pas dan Umno merupakan parti yang mempunyai majoriti muslim dari sudut keanggotaan masih belum mampu mencari titik perpaduan untuk melestarikan umat ini. Hizbut Tahrir , parti politik Islam  yang dianggap parti dunia kerana mempunyai sokongan dan dokongan dari seluruh dunia termasuk negara - negara bukan Islam pun dilihat sering menyalahkan gerakan Islam yang terlibat dengan sistem demokrasi . Hal sebegini bukannya isu yang remeh tetapi ia mampu mengugat kekuatan umat Islam kerana kita bertelagah dalam isu - isu yang sensitif tanpa berbincang dengan berhemah. Pas dan Umno bertentangan ideologi politik dalam soal pengurusan negara tanpa mengadakan perbincangan yang telus, berfakta dan bermuafakat. Hizbut Tahrir pula hanya mencerca kelompok umat yang menyertai demokrasi walaupun secara rasmi Hizbut Tahrir tidak sedemikian tetapi dalam kalangan syabab sangat jelas pandangan mereka yang sering mengutuk muslim lain hanya kerana mereka pro demokrasi. Jujurnya penulis mengakui menyokong Hizbut Tahrir kerana perjuangan mengembalikan institusi kekhalifahan Islamiyah yang akan memimpin dunia dengan syariah dan menyatukan kembali umat yang retak ini. Walaubagaimanapun , segelintir syabab yang sering berhujah dengan emosi dengan penyokong Pas dan Umno hanya mengundang perbalahan yang tidak kesudahan.

Isu Syiah, Wahabi , Salafi, Kafir , Muktazilah, Khawarij merupakan masalah mazhab yang tidak ada penyelesai tuntas . Ya, kita menganut akidah Rasulullah berlandaskan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, dan kita menentang kelompok syiah dan wahabi yang fatwa dan prinsipnya cuba meluaskan jurang polarisasi dengan peperangan mazhab tetapi kita yang berakidah Rasulullah mempunyai kaedah - kaedah syarie untuk mensolusikan isu tersebut iaitu AL QURAN ,SUNNAH, IJMA.

Penulis memerhati perkembangan agama dan politik secara umum. Apa yang boleh diprhatikan ialah umat Islam tidak mampu menyelesaikan masalah melainkan melahirkan krisis dari masalah krisis itu. .Isu kalimah Allah menjadi contoh utama yang umat Islam hanya mampu mencetuskan krisis tanpa mencari usaha mengatasi krisis tersebut. Semuanya gara - gara politik. Pas , Umno, Hizbut Tahrir perlu berdakwah dengan cara yang benar. Masing - masing perlu mengislahkan diri dan antara satu sama lain bagi menyatukan kembali umat Islam yang masih belum dapat diwahidkan. Hizbut Tahrir mesti bertemu dengan Pas dan Umno dan bersama NGO Islam lain untuk mencari titik pertemuan . Cukuplah perbalahan kronik yang melanda umat Islam kini. Marilah kita mentajdidkan diri dan amalan kita. Kita mempunyai misi yang lebih besar iaitu untuk mengembalikan akidah yang benar dalam diri umat manusia. Seandainya kalian mendakwa yang kalianlah pejuang Islam , sebenarnya kalian hanya berpura - pura kerana pejuang Islam akan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk ummah ini sedangkan kalian hanya menyemai bibit perpecahan umat. Kembali. Kembalilah kita kepada titik fitrah agama kita. Kita semua mempunyai akidah Islam jadi apa masalahnya kita bersama menggalang tugas untuk mewarnai kembali dunia ini dengan kegemilangan Islam. Penulis hanya menanti pelangi Kedamaian.

No comments:

Post a Comment