Tuesday, 20 November 2012

Dunia Kiamat 2012- Satu Kebenaran ?




Terbayang - bayang difikiran ketika menonton filem 2012 arahan Ronald Emerich yang menggambarkan tentang peristiwa kiamat berdasarkan kalendar kaum maya . Kononnya dunia akan berakhir pada tarikh
21 Disember 2012. Bagi pendapat penulis, biarlah mereka dengan kepercayaan mereka.
Sangat menjengkelkan jika orang muslim yang mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi ialah utusan Tuhan mempercayai bahawa dunia ini akan kiamat seperti dakwaan kaum Maya. Penulis yang serba daif ini cuba mencari fakta - fakta dan fatwa berkenaan kiamat.

Mungkin kita juga terpengaruh dengan cerita dongeng sedemikian. Sebenarnya cerita mengenai ramalan kiamat ini sudah berlaku sebelum kita merdeka lagi. Penulis akan mengemukakan bukti - bukti konkrit yang dakwaan kiamat berdasarkan firasat manusia sangat kotor dan dusta. Maklumat yang penulis tunjukkan ini dicuplik dari karya Armagedon 2012 - Bencana Akhir Zaman. tulisan ilmiah Muhammad Alexander yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Brawijaya.

 Ramalan Kiamat yang Tidak Berlaku.

1 . Charles merupakan seorang paderi di Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar   pada 21 September 1945 pada pukul 5.33 pagi.
     

2 . Charles Laugheda , seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan  kiamat berupa banjir dan gempa  bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
      .

3 . Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 hingga 12.15 tengah hari
     .

4. Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November ataupun Oktober 1982 . Ketika rancangan The 700 Club pada Mei 1982, Pat Robertson menyatakan " Saya jamin pada akhir tahun 
     1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia
     .

5.  Elizabeth Clare dari Church and The World meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Disember 1989  disebabkan kejatuhan ekonomi dunia dan Perang Nuklear
    .

6. Marina Tsvigun daripada kultus White Brotherhood mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan   meramalkan dunia akan musnah pada 10 NOVEMBER 1993
  

     ( Untuk makluman- tarikh 10 Nov 1993 merupakan Hari Lahir penulis, sehingga sekarang kiamat tidak berlaku berdasarkan dakwaan Marina Tsvigun)
      

7. Sheldonp Nidla , seorang peramal dari Amerika menjangkakan dunia akan kiamat pada 17 Dis  1996 disebabkan kemunculan makhluk asing dan para malaikat.
    

8. Alexei Primey , seorang penulis dan ahli astrologi Rusia mengatakan kiamat akan berlaku pada 19 Julai 1999 . Apabila ia tidak berlaku ,dia mengubah pula ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3.00 pagi.
    

9. Seorang ahli astrologi Amerika , Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003 disebabkan pereputan bumi.

10. Hieromonk Arsene , orang Romania mengakui sebagai Nabi meramalkan kiamat terjadi pada 11 Ogos pada jam 4.00 pagi . Dia menasihatkan pengikutnya supaya berlindung di Gunung Arthos. Menurut  Arsene ,selepas 3 hari, hanya mereka yang suci di sisi Tuhan akan diselamatkan.

     

Jelas bukti yang penulis tunjukkan. Betapa dusta dan pembohongnya ahli akademik dan agamawan kafir yang cuba memperdaya umat manusia. Bukti ini adalah fakta sejarah. Sebenarnya banyak lagi yang penulis oleh tunjukkan bahawa segala ramalan, naluri, firasat manusia yang cuba meramalkan tentang tarikh kiamat adalah satu pengkhianata kepada minda dan intelektual manusia. Satu lagi bukti yang hendak penulis berikan. -



" Pemimpin kultus, Branch Davidian mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dari keturunan Nabi Daud. Dakwaannya itu membuatkan orang ramai mengikuti ajarannya. Branch menyakinkan pengikutnya bahawa kedatangan kiamat sudah hampir dan akan bermula di Texas. Berdasarka kepercayaan itu, Branch dan para pengikutnya mengumpulkan senjata dan berkubu di Ranch Apocalypse. Kubu mereka dikepung polis dan diarahkan menyerah diri tetapi mereka berdegil. Setelah 51 hari dikepung, Branch mengarahkan supaya membunuh diri dengan membakar bangunan tempat mereka berlindung. Branch dan pengikutnya mati dimamah api.  "


Wahai sahabatku sekalian, janganlah kamu takut dan terpedaya dengan dakyah orang - orang musyrik. Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan kepercayaan kiamat yang terbukti karut. Lihatlah sejarah tadi bagaimana Branch menipu orang ramai dengan kepercayaan gilanya sehingga orang yang tidak bersalah  membunuh diri secara sia - sia kerana perangkapnya sedangkan dakwaannya tidak benar langsung.


Kita ingin mengatakan bahawa kalendar kaum Mayan adalah bukti kukuh bahawa kiamat pasti berlaku. Kita mengatakan bahawa orang Maya ialah orang yang bijak dan pernah mencapai sejarah kegemilangan tamadun. Benar dari segi fakta sejarah , mereka sangat cemerlang tetapi mereka tidak mampu meramal masa depan. Satu lagi contoh yang penulis petik dari buku itu -

" Apolinario Chile Pixtun merupakan salah seorang tokoh kaum Maya moden menafikan bahawa kalender kaum maya menyatakan kiamat akan terjadi pada tahun 2012 , apatah lagi hingga ke tahap menyatakan tarikh spesifik iaitu 21 Dis 2012. Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali. Apolinario mengatakan teori - teori hari kiamat itu datang dari pihak BARAT  dan bukannya kaum Maya. Apolinario menegaskan jika kaumnya ditanya tentang kewujudan ramalan hari kiamat dalam kalendar Maya yang kononnya akan berlaku pada pada tahun 2012, sudah tentu mereka menafikan kewujudannya. Hujah ( kiamat) ini diperkukuhkan pula dengan data pada tablet batu . Meskipun tablet batu itu digunakan oleh ahli astrologi Barat sebagai asas hujah ramalan kiamat 2012 . Mereka berpendapat bukan semua dalam kod tablet batu itu dapat dibaca kerana banyak bahagiannya sudah hilang."

David Stuart ,pakar epigrafi Maya dari Universiti Texas berkata " Orang Maya tidak pernah mengatakan dunia akan kiamat dan tidak pernah mengatakan sesuatu buruk akan berlaku. Mereka hanya mencatatkan mengenai peringatan masa depan di Monumen Enam. 

Ahli arkeologi Kanada, Kathryn Reese menegaskan dokumen Maya itu tidak langsung memberi sebarang syarat tentang kiamat. Sebaliknya pentafsiran yang salah ini dilakukan oleh orang Amerika Utara"


Nampak bukti bukti kukuh lagi perkasa yang penulis berikan. Kita tidak perlu berbalah dalam soal ini. Kita ada AL Quran , Sunnah , Ulama, Kitab - kitab agama, cukuplah dengan semua itu untuk menjadi panduan hidup kita. Hakikatnya, Al Quran telah menceritakan tentang kiamat lebih awal dari para ahli akademik Barat ini sebut. Al Quran itu lengkap. Allah jelaskan di dalam Al Quran , Surah Al Qasas, maksudnya " Al Quran tidaklah lain hanya peringatan untuk segala umat". Penulis meminta orang yang beriman dengan fakta 2012 supaya kembali melihat ayat - ayat Quran. Peristiwa kiamat telahpun Allah kisahkan ,hanya kita yang tidak mengambil tauladan. 

Kesimpulannya, penulis ingatkan para pembaca yang budiman lagi minda Merdeka dengan sebuah Hadis Shahih Muslim untuk renungan semua.



Hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim daripada Hudzaifah bin Usaid berkata

" Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang . Lalu beliau bertanya ' Apakah yang kalian sedang bincangkan ? Mereka ( para sahabat menjawab) Kami sedang berbincang mengenai As - Saah ( hari kiamat) . Beliau berkata ' Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh ayat ( tanda) sebelumnya . Rasulullsh menyatakan 

1. Ad- Dukhan
2. Dajjal ( pendusta)
3. Daabah( binatang yang keluar dari perut bumi)
4. matahari terbit dari belah barat 
5. Turunnya Isa Ibni Maryam.
6. Yakjuj Makjuj 
7. Gempa bumi  di Timur
8. Gempa Bumi di Barat
9. Gempa bumi di semenanjung Arab
10.Keluarnya api dari Yaman yang membawa manusia ke tempat berkumpul.

(Sahih Muslim. Bab Fitnah dan Tanda - tanda Kiamat)


Penulis- Rizal.









 

No comments:

Post a Comment