Saturday, 22 September 2012

Muqadimmah

Assalamualaikum, posting ini adalah yang pertama bagi permulaan penulisan di blog ini. Sebelum ini penulis sudah memulakan karier diblog lama iaitu MuhdRizalReform.Blogspot.Com. Blog baru ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan massa untuk memberi sedikit sumbangan pemikiran dalam kalangan warga maya moden.Sesungguhnya penulis tidak akan menulis perkara yang akan memberi kemudaratan,kemungkaran atau menyeru ke arah keburukan agama dan negara. Matlamat utama ialah untuk memberi wakaf intelek bagi kemajuan negara.Blog ini dinamakan  Minda Merdeka bagi memberitahu kepada warga maya bahawa penulis bebas menulis berbagai isu massa, sejarah, perkara ilmiah dan supra-isu bagi memberi pencerahan fikrah kepada warga pembaca.Perjuangan ini adalah rantaian api yang dimulakan Nabi Muhammad, para khulafa, ulama muktabar,Hasan Al Banna,Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi, Dr Burhanuddin, Ustaz Abu bakar baqir, Ustaz Abdullah Fahmi, Ustaz Fadzil Nor, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Dr Asri dan banyak tokoh terkemuka Islam. Tidak lupa juga kepada tokoh reformasi barat yang menjadi ikon penulis iaitu Martin Luther.

Satu lagi makluman ialah penulisan diblog ini bersifat anti syiah dan zionis. Penulis akan  bersama - sama jemaah Sunni untuk melawan puak ekstrim Syiah yang merupakan musuh Islam. Halaman ini akan diperalatkan untuk menentang organisasi Freemason, Iluminati , Ahbash, . Penulis juga akan berusaha mengkaji tentang politik tanah air yang melibatkan parti politik terutama Umno dan Pas. Idea yang disalurkan ini merupakan pandangan penulis melalui pembacaan, pengkajian dan siasatan. Segala maklumat yang terkandung dalam blog baru ini diharap dapat diterima secara terbuka kerana kita memerlukan Minda Merdeka.Wassalam

No comments:

Post a Comment