Tuesday, 14 April 2015

PRK PERMATANG PAUH- MENANGKAH ISLAM?

PRK Permatang Pauh kembali bergelora,Dari 222 kerusi Parlimen dalam Malaysia, kerusi N44 Permatang Pauh antara yang terpanas sekali kerana ia diwakili oleh seorang tokoh politik kontroversi dalam perjalanan sejarah demokrasi Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isu - isu moral yang  didakwa di mahkamah sivil membabitkan syaksiah beliau telah menyebabkan Datuk Anwar Ibrahim dihumban ke penjara setelah hakim menjatuhkan hukuman penjara apabila disabitkan kesalahan.Oleh kerana itu, menurut Perlembagaan Malaysia, seseorang wakil rakyat akan kehilangan kelayakan selaku anggota dewan rakyat / anggota dewan negeri apabila berlaku beberapa sebab antaranya dipenjara apabila didapati bersalah. Datuk Seri Anwar telah kehilangan kelayakan dan menyebabkan kerusi Permatang Pauh itu menjadi kosong dan satu pilihan raya perlu diadakan semula.

Image result for pkr


Kini, persoalan siapa yang akan mewakili kerusi itu di Parlimen telah menjadi topik yang kerap diperbincangkan . Anehnya, pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri tidak yakin yang PR akan menang dalam PRK kali ini. Antaranya Setiausaha Agung Parti  Dap , Lim Guan Eng, yang menyatakan bahawa kedua-dua parti yang bertanding di kerusi itu mempunyai peluang 50-50 untuk menang.Katanya, Permatang Pauh walaupun dikatakan ‘kubu’ PKR, namun keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan. (Sumber Utusan Malaysia).Katanya, Permatang Pauh walaupun dikatakan ‘kubu’ PKR, namun keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan. (Sumber Utusan Malaysia).
Katanya, Permatang Pauh walaupun dikatakan ‘kubu’ PKR, namun keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan. (Sumber Utusan Malaysia).
Katanya, Permatang Pauh walaupun dikatakan ‘kubu’ PKR, namun keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan. (Sumber Utusan Malaysia).. Ditambah pula dengan konflik internal Pakatan Rakyat yang melibatkan Pas dan Dap dalam sentimen hudud menunjukkan kesukaran untuk menjalankan kempen untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat. Ini sangat sulit bagi PKR kerana kerusi itu adalah tunjang kekuatan mereka, sekiranya PKR tewas dalam pertandingan ini ia ibarat menjatuhkan prestij PKR kerana ia merupakan kubu kuat Pkr yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Presiden PKR. Seandainya PKR tumbang dalam prk ini seolah olah memberi isyarat rakyat kawasan Parlimen Permatang Pauh tidak memerlukan Ketua Pembangkang itu lagi dan perkara ini akan menyulitkan seluruh jentera pakatan rakyat untuk mara ke Putrajaya.

Oleh kerana itu, segala isu berkaitan kehidupan rakyat seperti GST  dan kisah sedih Anwar Ibrahim perlu dipolemikkan sehabis mungkin bagi mendapat respon dan simpati melalui undi.

Begitu juga bagi pihak Barisan Nasional khususnya Umno, prk ini menjadi ukuran untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat terhadap mereka, jumlah peratus undi itu akan menjadi keputusan muktamad untuk melengkapkan jawapan. Jika kalah pun tetapi undi bagi pihak Umno meningkat telah memberi makna bahawa rakyat telah mula menolak kepimpinan PKR dan Pakatan dan memberi suntikan baru bagi Umno untuk menyerang kerajaan negeri. Kerusi itu merupakan kerusi tradisi kepada Datuk Anwar Ibrahim dan perebutan kerusi itu dilihat berlaku lebih sengit. Segala strategi politik mesti diperkemaskan dari peringkat akar hinga ke atas kerana kemenangan BN di kerusi ini memberi deposit yang menguntungkan serta mematikan pergerakan PR. 

Image result for bn

Menangkah Islam?

Jika kita lihat dari perspektif Islam, pertembungan kedua dua parti politik itu merupakan pertembungan sekular dengan sekular. Hal ini kerana tidak ada manifesto untuk menerapkan Islam secara kaffah antara kedua pihak. Mereka lebih memilih isu kehidupan rakyat dan pembangunan setempat untuk menjadi modal politik. Misalnya ,PKR akan memainkan isu GST, memang semua rakyat bawahan terbeban dengan sistem percukaian itu dan banyak golongan yang menolak sistem cukai itu tetapi solusi yang dibawa oleh Pkr ialah sistem itu sangat membebankan kehidupan seharian rakyat dan akan memansuhkan GST . Cuba lihat, adakah GST itu dimansuhkan sebab maslahat rakyat atau hukum Islam yang melarangya. Seperti sabda Nabi saw "Pemungut cukai tidak akan dimasukkan kedalam syurga" menunjukkan ketegasan larangan Nabi dalam memungut cukai. Apakah hanya GST yang membebankan rakyat tetapi tidak cukai lain yang wujud dalam segala aspek kehidupan. Tol, cukai pintu, cukai taksir, cukai tanah ,cukai jalan, SST dan sebagainya. Demikian juga Umno , mereka akan memainkan isu hudud, melayu, dan kebaikan GST . Perhatikan, mereka langsung tidak bertembung untuk menerapkan Islam secara kaffah. Adakah mereka bersungguh -sungguh untuk melaksanakan hukum -hakam Islam di Permatang Pauh, tertegakkah uqubat Islam, terlaksanakah sistem pendidikan dan sosial Islam, terjaminkah Islam dibawah mereka, termansuhkan GST dan tol jalanraya, kurangkah masalah kemiskinan rakyat tempatan, bersihkah kawasan itu,terpeliharakah ikhtilat di antara lelaki dan wanita di kawasan itu  sekiranya salah satu dari kedua pihak itu menang. Lihatlah manifesto mereka, tidak ada lain hanyalah isu pembangunan materi .Jika ada pun janji untuk melaksanakan syiar ISLAM seperti membangunkan masjid, membuka madrasah, sumbangan kewangan kepada institusi agama tempatan, pembinaan hospital dan klinik dan turapan jalan raya , semua itu akan berlaku jika mereka menang.Itulah permainan kaum kapitalis yang meletakkan  keuntungan materi sebagai pandangan hidup.Meletakkan syarat bagi mendapatkan keuntungan politik sebelum melaksanakan kesemua janji. Apakah kedua pihak tidak mengetahui yang kesemua hal ehwal rakyat berkaitan  kebajikan , kesihatan, pendidikan, prasarana awam dan pembangunan infrastruktur wajib dilaksanakan oleh pemerintah tanpa perlu menunggu pilihan raya. . Semua itu disebut oleh Islam seperti sabda Nabi Saw "Setiap dari kamu ialah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Pemerintah ialah penjaga rakyat dan lelaki ialah penjaga keluarga serta wanita ialah penjaga terhadap urusan tanggunjawab suaminya dan keturunan. Maka setiap dari kamu ialah pemimpin dan akan disoal tentang kepimpinannya".Mulanya gendang pilihanraya umum / kecil, maka segala janji pembangunan akan dilaksanakan, projek mencurah -curah, media dimonopoli sepenuhnya untuk membuktikan pihak parti politik kerajaan mampu mentadbir dengan lambakan projek dikwasan pilihanraya. Peribadi calon diwar-warkan terbaik dan berjiwa rakyat .Tetapi  kita lihat adakah mereka yang merebut rebut untuk menawan kerusi itu menghayati hadis ini atau sekadar menjaga survival politik mereka. 

Itulah hakikat sistem jijik demokrasi , sistem yang lahir dari akidah sekular  yang memisahkan agama dari aturan kehidupan. Demokrasi ibarat jantung bagi kaum kapitalis kerana tanpa sistem ini, ideologi kapitalis tidak akan hidup. Saluran demokrasi yamg menjamin pilihanraya ini akan membuatkan para kapitalis melabur sebanyak mungkin melalui media, gerak kerja parti, melobi calon, dan rakyat akan dibayangkan dengan gambaran buruk sekiranya salah satu pihak tewas dalam prk ini. Sedangkan Islam melalui saluran Khilafah ( Negara Islam) telah menjamin kesemua perkara berkaitan hal ehwal rakyat yang menurut syarak tanpa perlu melalui pilihanraya kerana ia sememangnya kewajipan pemerintah yang dibebankan oleh Islam. Pilihanraya di dalam hukum Islam hanyalah pemilihan pemimpin untuk melaksanakan hukum Islam sedangkan pilihanraya demokrasi ialah sarana untuk melantik pemimpin mencipta hukum baru yang jauh dari tuntutan Islam. Bagaimana mereka mendakwa hendak menegakkan keadilan bagi penduduk Permatang Pauh jika Firman Allah mereka tidak ambil peringatan seperti yang terkandung dalam surah Al Maidah "Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang yang zalim". Bagaimana mereka ingin menerapkan keadilan sedangkan mereka langsung tidak membicarakan persoalan untuk menerapkan hukum Allah walau dimana mereka menang kerana Islamlah sistem yang paling adil dari sistem jahiliyah lain.. Sesungguhnya sistem demorkrasi hanya memenangkan golongan yang tidak akan mengangkat Islam kerana demokrasi sangat jauh dari Islam malah langsung tidak sesuai kerana akarnya berbeza. 

Seruan untuk Permatang Pauh,

Wahai kaum muslimin, sebenarnya PRK kali ini hanyalah lanjutan dari Prk yang berlalu. Prk kali ini tidak menjanjikan apa apa pun untuk kaum muslimin kerana ia hanya metod untuk memperkukuhkan demokrasi dan sekular dalam meminggirkan hukum Allah, Prk ini hanyalah sebuah kebohongan demokrasi untuk kalian bersetuju yang hukum hakam negara digubal oleh seorang manusia. Prk ini tidak sama sekali menjanjikan Islam akan terbela. Sebagai seorang muslim, jaminan untuk melihat agama itu sukses adalah matlamat kehidupan dalam menggapai redha Allah. Walhal demokrasi sangat bertentangan dengan Islam, Selesainya prk ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Permatang Pauh malah akan bertambah masalah kerana sistem yang diatur bertentangan dengan fitrah manusia. Kembalilah berjuang menegakkan kembali Negara Khilafah. Negara yang telah menaungi jutaan manusia dan membimbing manusia ke arah kecermelangan untuk mendapat redha Allah. Hal ini kerana di dalam Negara Islamlah , kesemua hukum - hakam Islam berkaitan politik, pendidikan, ekonomi , sosial dan politik luar negara dapat dilaksanakan secara syumul  oleh Khilafah dalam kerangka Islam daripada berjuang untuk memenangkan parti politik di Permatang Pauh yang hanya mensia-siakan waktu dan tenaga kerana apa yang diusahakan itu hanyalah untuk manfaat pemimpin parti untuk menikmati elaun dan gaji yang baru dinaikkan  sedangkan rakyat akan terus melarat miskin  dan hukum hukum Allah tidak boleh dijalankan kerana kapitalis dan demokrasi tidak berubah sama sekali. 

Image result for hizbut tahrir

Wahai rakyat Permatang Pauh, boikotlah pilihanraya ini, hentakkan demokrasi, julanglah Islam. Tolaklah pemimpin sekular, Tegakkan Daulah Islamiyah . Sesunggunya Nabi Saw telah berjanji bahawa " Khilafah diatas manhaj kenabian akan kembali". Berpegang teguhlah dengan sabda ini. Yakinlah hanya Islam yang mampu mentadbir manusia. Berpalinglah kalian dari sistem busuk dan keji ini iaitu demokrasi. Berpalinglah dari kelompok kelompok yang cuba menghidupkan agenda kuffar dengan mengekalkan sekular, liberal dan demokrasi. Ingatlah bahawa hanya dengan berdirinya Khilafah maka Menanglah Islam tetapi menangnya demokrasi di Permatang Pauh maka tumpaslah Islam .