Demonstrasi di Komtar yang bertujuan menentang kenyataan Lim Guan Eng supaya Persekutuan membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam laras Bible dianjurkan sepenuhnya oleh gerakan baru Pulau Pinang yang dinamakan Jaringan Muslimin Pulau Pinang. Penulis sebagai warga Cina Islam Pulau Pinang dengan terbuka menyokong gerakan itu ditubuhkan walaupun banyak dalam kalangan ahlinya berlainan fahaman politik . Hal ini bertujuan supaya umat Islam Pulau Pinang mempunyai payung atau benteng dari segala bentuk penindasan . Jaringan Muslimin Pulau Pinang diwujudkan untuk memperkukuhkan barisan pertahanan umat Islam di negeri Tanjung Bidara ini. JMPP diketuai oleh Ustaz Hafiz Nordin yang juga bekas Ketua Pemuda Pas PP dan berjaya dibentuk hasil kolaborasi 35 buah pertubuhan. Hakikatnya, tidak salah untuk JMPP ini ditubuhkan bagi merangkumkan kesemua Ngo Ngo Islam dibawah satu identiti supaya segala permasalahan umat Islam Pulau Pinang dapat dimusyawarah bersama. Perkara ini tidak salah kerana ia membabitkan kepentingan umat walaupun ia bercanggah dengan prinsip politik parti . Masyarakat Cina dan India juga mempunyai gerakan mereka untuk memperjuangan isu kaum dan agama mereka jadi apa salahnya jika kita juga ada satu liga atau majlis untuk mempertahankan Muslimin di Pulau Pinang
Gerakan ini aktif memainkan isu - isu yang membabitkan umat Islam Pulau Pinang dan lantang mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng . Boleh untuk menegur dan mengkritik Dap yang dianggap oleh JMPP sebagai pelampau Cina tetapi perlu diingatkan bahawa JMPP perlu menganalisa kembali sebab nasib umat Islam Pulau Pinang mundur. Kesemua ini berpunca dari sikap umat Islam Pulau Pinang itu sendiri. Kemunduran umat Islam dalam bidang ekonomi , kehilangan tanah, dan tidak daya membeli rumah mampu milik, adalah disebabkan orang Melayu Islam itu sendiri. Jika kita lihat dalam sudut ekonomi, kedai - kedai Cina lebih banyak dikunjungi dari kedai Melayu - Islam sendiri. Mungkin dari satu sudut, orang cina tidak mengemari masakan Melayu , itu perkara biasa tetapi banyak kedai Melayu tidak berjaya meluaskan empayar mereka. Antara perniagaan yang paling popular sekarang ini ialah burger bakar. Perniagaan itu banyak didominasi oleh orang Islam tetapi masih belum mampu menandingi kekuatan ekonomi cina. Kedai makan Melayu Islam tidak banyak yang berjaya. Kadang - kadang pelanggan kedai Melayu itu hanya orang Melayu saja , tidak ada wajah orang cina. Sebab itu perniagaan tidak berkembang kerana orang Melayu Islam hanya minoriti di bahagian pulau justeru mereka tidak ada keupayaan ekonomi untuk membantu . Berbeza dengan kedai Cina yang berada di serata tempat sekalipun ditepi jalan, ia tetap menerima pelanggan Cina yang ramai. Orang Islam tidak boleh memakan dan meminum hasil dari tangan orang bukan Islam tetapi ekonomi mereka tetap tidak tergugat dan tidak merasa kesan pun dengan kaedah boikot orang Islam. Kedai Melayu yang sebulan baru buka pun tidak mustahil boleh tutup kerana rugi disebabkan tiada sambutan. Golongan yang mampu melawan ekonomi Cina di Pulau Pinang hanyalah India Muslim atau mamak. Bisnes mereka mampu mengugat kekuatan ekonmi orang cina. Lihatlah kedai nasi kandar dan pasaraya Mydin yang sangat - sangat maju.Kejayaan perniagaan mereka dilihat berkesan untuk memecah tembok ekonomi Cina di Pulau Pinang. Peniaga Melayu Pulau Pinang perlu memodelkan cara pentadbiran perniagaan mamak yang maju jika ingin bangun semula.. Inilah yang menjadi peranan JMPP untuk merungkai kembali masalah ekonomi umat Islam Pulau Pinang . JMPP perlu menyediakan prosuder yang menunjukkan kaedah untuk meraih kekuatan ekonomi Melayu berasaskan konsep Islam. Bukan hanya dengan berdemonstrasi di Komtar tanpa melakukan sesuatu yang menguntungkan Melayu. Masalah kemiskinam masyarakat Islam mesti mendapat perhatian JMPP dan perlu bekerjasama dengan Kongres Melayu Pulau Pinang untuk mengenalpasti penyelesaian masalah kemiskinan Melayu - Islam.
Isu tanah tidak perlulah penulis bicarakan. Banyak cerita yang penulis dengar. Semua anggota JMPP pun tahu isu tanah. British meninggalkan 3 juta hektar tanah kepada orang Melayu tetapi jumlah tanah itu hanya tinggal satu juta lebih sahaja. Mana perginya tanah yang selebihnya itu. Penulis rasa Ustaz Hafiz Nordin pun tahu. JMPP perlu mengadakan perbincangan terbuka tentang hal tanah ini dan juga merangkakan satu undang undang pertubuhan yang melarang umat Islam Pulau Pinang dari menjual tanah kepada orang bukan Islam . Pada pendapat penulis, langkah ini mampu menyelamatkan survival umat Islam Pulau Pinang dari dihalau keluar dari pulau. Lihatlah di sungai ara, tanah bukit dengan rakus dibotakkan atas nama urbanisasi. Bukit Gambir, tanah hutan juga digunakan untuk pembangunan . Di Jelutong berhampuran Tesco, kawasan pinggir laut ditambat dengan projek - projek mega sehingga mengecil dan menjejas kehidupan laut. JMPP perlu bangkit dengan tegas mempersoalkan isu ini. Pulau Pinang bukanlah negeri yang besar tetapi masyarakat Melayu Islam harus berjiwa besar menyelamatkan pulau pinang dari kerosakan projek pembangunan. Masalah kebersihan juga wajib menjadi agenda JMPP, pantaulah dikawasan - kawasan Barat Daya, perhatikanlah kawasan - kawasan perumahan Melayu yang kotor dan tidak penyelengaraan . Tuntutlah isu ini kepada kerajaan Pulau Pinang supaya mensolusikan masalah alam sekitar ini.
JMPP mesti berperanan bercakap tentang isu - isu sejagat di Pulau Pinang tanpa meminggirkan isu Melayu - Islam. JMPP juga mesti bebas dari pengaruh partisipasi. Contonya , Pengerusi JMPP merupakan seorang aktivis Pas, ahli dan anggota jawatankuasanya ada yang dari kalangan barisan nasional. Oleh itu, pihak JMPP perlu mengelak dari meletakkan kepentingan parti ke atas nama JMPP. Demonstrasi yang diadakan perlu mempunyai prinsip tanpa mengira siapa yang ditentang. Jika kerajaan itu BN sekalipun, JMPP mesti bangkit menentang seandainya mereka membuat mungkar. Jangan hanya menentang Dap yang dikatakan pelampau tetapi dalam isu yang membabitkan kejahatan BN hanya didiamkan sahaja. Kalau hal itu yang terjadi maknanya JMPP tidak lebih hanya boneka parti politik. Jadi JMPP mesti independen dengan prinsip syariat dan tegas dalam perkara - perkara umat Islam tanpa mengira siapa yang perlu JMPP berhadapan. Demonstrasi baru -baru ini sangat tidak dipersetujui penulis secara peribadi kerana ada bendera Pas yang diangkat. Sepatutnya kesemua peserta perlu mengangkat bendera JMPP yang melambangkan kesatuan masyarakat Islam dalam menentang segala bentuk penindasan dan bantahan, bukan dengan mengangkat bendera politik yang dilihat tidak ada kesepakatan. Ustaz Hafiz perlu perbetulkan keadaan. Anjuran dibuat oleh JMPP, bukan PAS. Analoginya begini, pada Hari Kemerdekaan , semua rakyat kita akan mengibarkan bendera Jalur Gemilang tetapi kerajaan menaikkan bendera Amerika, jadi yang mana satu yang betul. Itulah analogi lemah yang penulis utarakan.
Satu lagi isu ialah tentang 20 tuntutan JMPP terhadap Kerajaan Pulau Pinang. Semua tuntutan itu penulis sokong dengan padu tetapi beberapa tuntutan seperti Jenayah Syariah , Polis Syarie dan Rancangan membaca kitab perlu dikemukakan di Parlimen Malaysia dan mesti tertakluk dibawah Persekutuan kerana kuasa kerajaan negeri tidak mampu merealisasikan apatah lagi Pulau Pinang bukan dibawah orang Islam. Jadi JMPP perlu mendesak kerajaan Persekutuan untuk mengubal undang undang tersebut.
Itulah sedikit sebanyak pendapat yang penulis berikan untuk kebaikan JMPP sebagai payung persekutuan dan wadah pewahidan umat Islam Pulau Pinang. Penulis ingin melihat JMPP mencipta sejarah kegemilangannya di Pulau Pinang dalam ertikata membangunkan masyarakat Melayu berasaskan kaedah syariat Islam. Perjuangan JMPP yang mulia ini diharapkan mendapat keredaan dari Allah Swt. JMPP perlu anjurkan ceramah dan program rakyat diserata pelusuk Pulau Pinang. InsyaAllah, rakyat Islam Pulau Pinang menyokong JMPP