Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?
Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.
Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.
PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.
Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Literalis dalam Umno harukan proses keadilan
Saya mengkritik golongan literalis dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.
Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh PAS.
Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalis tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.
Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.
Pengharaman ini jika diterima bererti sistem Parlimen yang membolehkan ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.
Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga haram.
Golongan literalis ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.
Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri dan presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan penggantinya Tun Abdullah Badawi, melakukan kritikan terbuka.
Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah.
Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata “haram untuk kau, halal untuk aku”.
Ilmu matan hadis
Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu mukhtalaf al-hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.
Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah.
Umpamanya apabila mereka membaca hadis:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya.”
(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).
Mereka mengambil hadis ini tanpa mempedulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.
Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun.”
(Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).
Para sahabah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.
Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup.
Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.
Sejarah perdebatan dalam Islam
Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.
Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW:
“Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar.” (Riwayat Daud).
Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan.
Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
(Surah al-Nahl: 125)
Dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat). Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-mira’ yang boleh diertikan sebagai al-jidal (debat).
Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar.
Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.
Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.
Bajet negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.
Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.
Fatwa literal
Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai:
“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunah bukan dengan sunahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan.
“Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)
Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan PAS dan PKR.
Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.
Antaranya hadis (bermaksud): “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukuman-Nya”.
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai, dengan sanad yang sahih).
Dalam sejarah pemikiran fikah, tokoh aliran literalis yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.
Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab:
“Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.
“Dalilnya firman Allah: Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.
“Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi Allah azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.
“Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap Muslim bahawa mengambil harta Muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram.
“Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari).
“Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan Muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran….”
(Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133. Kaherah: Maktabah al-Khaniji)
Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?
Maha suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!
Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan Muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW:
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun PAS.
Namun apabila membabitkan urusan agama, saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINbekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmiMalaysiakini.
Friday, 28 September 2012
Wednesday, 26 September 2012
Mitos Kebebasan Bersuara Barat
Baru-baru ini, Sebuah kumpulan berhaluan kanan Jerman berhasrat menayangkan filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencetuskan rusuhan di seluruh dunia. "Bagi kami, ia merupakan satu jenis kesenian dan kebebasan bersuara,'' kata ketua kumpulan Pro Deutschland, Manfred Rouhs kepada majalah berita mingguan, Der Spiegel dalam edisi yang dikeluarkan hari ini. Menteri Dalam Negeri Jerman, Hans-Peter Friedrich memberitahu Der Spiegel bahawa beliau akan menggunakan kuasa undang-undang yang ada pada bagi menghalang kumpulan itu. "Kumpulan dan organisasi ini hanya mahu membangkitkan kemarahan masyarakat Islam Jerman,'' katanya sambil menuduh Pro Deutschland 'sengaja mencurah minyak ke dalam api' [1]. Sebaliknya situasi berbeza berlaku di Amerika Syarikat(AS) di mana berdasarkan satu kenyataannya, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mendakwa negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam atas alasan kebebasan bersuara tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia pula, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembikinan filem Innocence of Muslims itu bukan lagi tertakluk dalam konteks kebebasan bersuara tetapi telah menyalahgunakan kebebasan tersebut untuk menghasilkan filem bertujuan menghina agama Islam. "Kebebasan bersuara ada hadnya dan bukannya bermaksud kita boleh sesuka hati menghina, memperlekeh dan membuat fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi ia menghina ketokohan Nabi Muhammad SAW dan Islam. "Kebebasan bersuara sepatutnya digunakan untuk melahirkan pandangan dan pendapat untuk kebaikan dan bukannya memperlekehkan agama dan bangsa lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bentong baru-baru ini[2]. Inilah kebebasan bagi Amerika Syarikat (AS). Malah kebebasan itu dilindungi. Katalah apa sahaja, burukkan mana-mana negara atau hina agama sesiapa pun. Kebebasan untuk 'menghina, mengutuk, mengeji' itu dilindungi dalam Perlembagaan dan undang-undang negara AS, kata Setiausaha Negara, Hillary Clinton. Kata-kata Clinton itu seolah-olah memberi imuniti kepada Nakoula Besseley Nakoula untuk menerbit filem Innocence of Muslims yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Islam. ''Saya tahu adalah sukar bagi sesetengah orang untuk memahami kenapa AS tidak boleh menyekat video itu. ''Namun jika kami mampu melakukannya, kami juga tidak boleh berbuat demikian kerana kebebasan bersuara termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang AS,'' jelas Clinton [3]. Demokrasi ciptaan Barat yang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun sebelum kedatangan Islam sebenarnya hanya menjamin kebebasan bersuara untuk golongan tertentu sahaja. Golongan tersebut yang memiliki segala kelebihan dari segi media dan kewangan adalah bebas untuk memaki-hamun, menghasut, menyerang dan turut menghasut orang lain untuk membenci dan menyerang sesiapa yang mereka lihat sebagai musuh. Berikut adalah bukti-bukti tentang hipokrasi Barat berkenaan prinsip kebebasan bersuara di dalam Demokrasi: 1. Peristiwa Holocaust. Perisitwa Holocaust adalah peristiwa di mana dikatakan pembunuhan seramai 6 juta kaum Yahudi telah dilakukan oleh Nazi Jerman pada Perang Dunia 2 di Eropah. Menafikan peristiwa Holocaust adalah salah di sisi undang-undang di banyak negara seperti di antaranya adalah Austria, Belgium, Czech Republic, France, Germany, Israel, Lithuania, Poland, Romania, Slovakia dan Switzerland. Bukan tujuan kami untuk membuktikan bahawa peristiwa ini tidak pernah berlaku. Tetapi hakikatnya adalah beberapa orang yang mempersoalkan peristiwa tersebut telah dikenakan hukuman berat. Di antaranya adalah David Irving, seorang ahil sejarah yang dimasukkan ke dalam penjara di Austria selama 3 tahun sebab mempersoalkan peristiwa tersebut [4]. Richard Williamson, seorang paderi dari Britain dikenakan denda sebanyak Euro 12,000 ke atas kesalahan yang dilakukannya di sebuah siaran TV di Sweden yang mengatakan bahawa tidak lebih dari 300,000 orang Yahudi telah mati di dalam kem-kem tahanan Nazi semasa Perang Dunia 2 [5]. Ernst Zundel, seorang aktivis berhaluan kanan berbangsa Jerman tetapi menetap di Canada, telah dipenjarakan selama 5 tahun di Jerman, setelah pihak mahkamah di Jerman mendapati beliau bersalah kerana menafikan peristiwa Holocaust. Media penerbitan Zundel iaitu Samisdat Publishers bertanggungjawab ke atas penerbitan buku yang bertajuk “Did six million really die?” oleh pengarang Richard Harwood yang mempersoalkan adakah benar bahawa seramai 6 juta orang Yahudi dibunuh semasa Perang Dunia 2 [6]. 2. Kritikan dan membongkarkan kejahatan Israel – Helen Thomas dan Irvine 11. Duta Israel iaitu Michael Oren membuat lawatan rasmi ke Amerika Syarikat dan beliau telah sempat memberikan ucapan di Universiti of California di Irvine pada bulan Februari 2010, di mana ucapan beliau telah diganggu oleh seramai 11 orang penuntut muslim yang memarahi duta tersebut di atas keganasan Israel ke atas Gaza. Akibatnya kesemua 11 orang penuntut didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh kerana menggangu ucapan duta tersebut. Mereka dikenakan denda sebanyak 56 jam khidmat masyarakat dan dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun. Peristiwa 11 orang penuntut muslim di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat yang menggunakan kebebasan bersuara mereka untuk mengkritik dan memarahi duta Israel disebabkan oleh jenayah perang Israel di Gaza dikenali sebagai “Irvine 11” [7]. Helen Thomas adalah seorang penulis dan juru-lapur yang paling lama berkhidmat di White House di Amerika Syarikat. Beliau telah mengeluarkan komen bahawa kaum Yahudi sepatutnya keluar dari wilayah Palestin dan kembali ke negara-negara asal mereka seperti Jerman dan Poland. Ramai di antara pegawai atasan di dalam pentadbiran Obama, pentadbiran Bush dan pentadbiran Clinton memberikan kenyataan bahawa Helen sepatutnya dipecat daripada jawatan beliau. Di atas tekanan yang dikenakan ke atasnya dari pelbagai pihak, maka Helen memohon maaf ke atas kenyataan beliau dan seterunsya meletak jawatan dari Rumah Putih [8, 9]. 3. WikiLeaks – Julian Assange dan Bradley Manning Julian Assange adalah seorang juru-lapur, aktivis, penerbit dan juga merupakan penerbit kepada WikiLeaks, sebuah laman internet yang memaparkan dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Beliau aktif memperjuangkan kebebasan berakhbar dan kebebasan berakhbar menerusi penyelidikan (investigative journalism). Beliau adalah seorang yang menggunakan kebebasannya untuk mencari dan mendapatkan kebenaran. Disebabkan tindak-tanduk beliau yang tidak disukai oleh imperialis Barat, maka segala macam tindakan telah dikenakan terhadap beliau. Beliau sedang meminta suaka politik di kedutaan Ecuador di Britain, dan kerajaan Britain telah mengugut mahu menceroboh kedutaan tersebut untuk menangkap beliau. Joe Biden, Naib Presiden AS mengatakan Assange adalah seorang pengganas berteknologi tinggi (hi-tech terrorist). Hillary Clinton pula mengatakan Assange telah menyerang dunia ini menerusi WikiLeaks beliau. Tom Flanagan, ahli kempen untuk Presiden Canada iaitu Stephen Harper, mahu Assange ditembak mati. Mike Huckabee, seorang ahli politik parti Republican di Amerika Syarikat juga mahukan Assange dibunuh. Seorang lagi ahli Republican iaitu Sarah Palin mahu Assange diburu seperti anggota Al-Qaeda dan Taliban, yakni sampai beliau dapat dibunuh seperti Osama bin Ladin. Bradley Manning adalah seorang askar Amerika Syarikat yang dihantar untuk bertugas di Irak telah ditangkap pada bulan Mei 2010 kerana menghantarkan dokumen perang kepada WikiLeaks, termasuklah video serangan udara oleh askar AS ke atas Baghdad pada 2007 dan Garani di Afghanistan pada 2009, yang mendedahkan kebanyakkan mangsa yang terkorban akibat serangan tersebut adalah orang awam yang tidak mempunyai apa-apa senjata. Termasuklah juga banyak dokumen yang berkaitan dengan perang AS di Irak dan Afghanistan. Beliau sekarang sedang ditahan dan diadili oleh mahkamah atas 34 pertuduhan yang boleh dipenjarakan sehingga 52 tahun. Kesimpulan Bukti-bukti di atas dengan jelas menunjukkan sikap hipokrit barat di dalam mengamalkan kebebasan bersuara. Ia juga membuktikan bahawa kebebasan bersuara sebenarnya tidak wujud. Jadi, idea kebebasan bersuara di Barat hanyalah suatu mitos. Bahkan, ianya dijadikan sebagai senjata untuk menghina, menyerang dan menghasut mana-mana agama, ideologi yang Barat lihat sebagai musuh. Bukan itu sahaja, atas nama kebebasan, idea tersebut digunakan untuk menghalang, menapis, menyunting dan menghapuskan kebenaran daripada disampaikan kepada orang ramai atas alasan untuk menjamin hak orang lain. Maka, adalah tidak wajar dan tidak patut seseorang mukmin itu mudah tertipu atau membiarkan diri hanyut dengan mitos ciptaan barat in |
Tuesday, 25 September 2012
NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan
Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
- Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
- Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
- Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
- Menurunkan harga petrol dan gas.
- Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
- Melaksanakan akta gaji minima
- Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
21 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
KENYATAAN DR BURHANUDIN AL HELMI DAN PANDANGAN PAS TERHADAP KOMUNIS YANG PERLU ANDA BACA
Ini adalah kutipan pidato Yang Dipertua Agung PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang disampaikan dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada bulan Disember 1956.
Walaupun pidato ini dibuat sesuku abad lebih dahulu, akan tetapi ia merupakan sebuah dokumen sejarah yang sangat penting yang perlu dipelajari oleh segenap patriot tanah air kita dalam mengharungi pergolakan politik dewasa ini
. Antara lain ucapan ini membongkarkan sikap kompromi dan menyerah pucuk pimpinan UMNO terhadap penjajah British dalam soal kemerdekaan, membentangkan cara memecahkan masalah perjuangan bersenjata yang dipimpin Parti Komunis Malaya serta mengumumkan idea pembimbing yang bernilai tentang perlunya tenaga-tenaga patriorik tanah air kita khasnya tenaga-tenaga nasionalis, agama dan sosialis menggabungkan diri demi membela tanah air dan rakyat. Idea pembimbing ini bukannya terbentuk secara kebetulan, tapi telah dirumuskan oleh beliau berdasarkan pengalaman perjuangannya dalam sejarah khasnya ketika memimpin barisan bersatu PUTERA – AMCJA dahulu. Ucapan asalnya sangat panjang.
Yang diterbitkan di sini merupakan ringkasan dan sedutan dari pidato tersebut yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Melayu pada 3 haribulan Januari 1957. Tajuk-tajuk kecilnya diberikan sendiri oleh penerbit.
1. Sikap Menyerah Pucuk Pimpinan UMNO Kepada Penjajah
Apa yang harus dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu ialah membetulkan diri sendiri, membetulkan cara-cara perjuangan mereka sendiri. Bukanlah dengan memfitnah orang lain, maka mereka akan dapat memuaskan hati pengikut-pengikut mereka sendiri. Dengan membetulkan diri sendiri, pemimpin-pemimpin itu akan memberikan sumbangan besar kepada perjuangan kemerdekaan tanah air, sebab dengan membetulkan dan memperbaiki diri sendiri, mereka akan dapat menemukan jalan-jalan yang benar dan sesuai untuk memperjuangkan kemerdekaan rakyat, dan ini akan menguntungkan perjuangan kemerdekaan rakyat seluruhnya.
Selalu saja terdengar dari mulut sesetengah golongan UMNO: “Tunggulah hingga tahun 1957. Kita akan bertindak mengadakan perubahan dalam pimpinan. Sabarlah sehingga 1957.” Mereka takut kalau mereka bertindak sekarang mengadakan langkah-langkah memperbetulkan pimpinan-pimpinan merka, maka Malaya tidak akan merdeka dalam tahun 1957.
Sikap ini samalah juga dengan sikap Tunku Abdul Rahman. “Kita harus bertindak sekarang secara yang boleh direstui oleh penjajah, secara yang tidak boleh dicurigai oleh penjajah. Kalau kita bertindak di luar dari garis itu, kalau kita menyakiti hati penjajah, maka penjajah tidak mahu memberikan kemerdekaan kepada kita nanti di tahun 1957”. Sikap inilah yang menyebabkan pengkhianatan moral terhadap perjuangan Mesir oleh pimpinan UMNO. Dengan lain perkataan, pimpinan-pimpinan UMNO mengakui bahawa taktik kompromis, taktik beralah dan menyerah dalam soal-soal yang pokok, mengenai kepentingan rakyat adalah jaminan kemerdekaan tanah air kita. Dengan lain perkataan pimpinan UMNO tidak percaya kepada kekuatan rakyat, tetapi kepada kebijaksanaan pimpinan itu, beralah dan menyerah kepada penjajah.
Dan kalangan-kalangan UMNO yang tidak puas hati kepada kebijaksanaan menyerah dan beralah kepada penjajah yang ada pada pihak pimpinan UMNO sekarang tetapi sebaliknya mau pula menunggu hingga tahun 1957 untuk mengadakan koreksi-koreksi, perbaikan-perbaikan dan perubahan-perubahan kepada pimpinan UMNO itu, adalah sebenarnya bersubahat dengan pimpinan itu dalam taktik menyerah dan beralah kepada penjajah, yang dilakukan oleh pimpinan mereka sendiri sekarang ini.
Rakyat yang jujur kepada perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air, yang ingin mengabdikan diri kepda kepentingan rakyat seluruhnya, memikul tanggungjawab yang berat dalam parti masing-masing. Mereka hendaknya sentiasa waspada, sentiasa meneliti dan mengawasi perjuangan pemimpin-pemimpin mereka, hendaknya bertindak mengubah dan memperbaiki perjalanan pemimpin-pemimpin mereka bila kelihatan nyata perjalanan dan perjuangan pemimpin-pemimpin mereka tidak setia kepada cita-cita rakyat.
Inilah sikap kita terhadap UMNO. Kita tidak memusuhi UMNO, kerana UMNO adalah mewakili segolongan rakyat yang mahu merdeka. Kita tidak memusuhi UMNO sebagai satu lambang di mana segolongan rakyat kita sendiri berkumpul, bergerak dan berjuang untuk mencapai cita-cita tanah air.
Tetapi kita tidak dapat mendiamkan diri daripada mengkritik, daripada memberikan fikiran dan teguran kita, demi kepentingan rakyat, kerana tegur-menegur, nasihat-menasihati, adalah rukun hidup manusia yang sejati, kerana hanya dengan tegur -menegur, nasihat-menasihati, dapat kita sama-sama membetulkan dan memperbaiki diri kita, dapat kita didorong dengan kekuatan baru, tenaga-tenaga baru ke arah cita-cita bersama.
Rakyat yang berdiri di belakang PAS adalah mempunyai cita-cita yang sama dengan rakyat yang berdiri di belakang UMNO, bahawa tiap-tiap mereka, tiap-tiap rakyat yang berdiri di belakang PAS dan rakyat yang berdiri di belakang UMNO menghendaki satu negara yang bebas merdeka dan berdaulat.
Kalau kita melihat pemimpin-pemimpin UMNO tidak jujur, tidak betul, tidak tegas memimpin rakyatnya, maka adalah kewajipan kita sebagai nasionalis, sebagai patriot, sebagai kawan seperjuangan yang bergerak di bawah lambang perjuangan UMNO, untuk mengkritik, untuk menegur pimpinan UMNO itu.
Demikian juga sebaliknya. Kalau pimpinan kita tidak jujur, tidak ikhlas terhadap rakyat, adalah kewajipan rakyat yang berdiri di belakang UMNO, yang berkumpul di bawah lambang perjuangan UMNO untuk mengkritik kita, untuk menasihati kita.
Kerana banyaklah titik-titiik pertemuan di antara perjuangan kita dengan perjuangan rakyat yang berdiri di belakang UMNO. Dan titik-titik pertemuan itu boleh merupakan satu jaminan yang kukuh, satu pertalian persaudaraan yang kuat yang mengikat kita bersama sebagai satu rakyat tanah jajahan yang hauskan kemerdekaan dan kemuliaan bangsa dan tanah airnya, yang saling kuat-memperkuat, pupuk- memupuk dan dorong-mendorong perjuangan kita bersama.
2. Memecahkan Perang Di Malaya Dengan Cara Damai
Kalau kita berpegang kepada prinsip bahawa komunizem boleh dihancurkan dengan kekuatan tentera di tanah air kita sendiri, maka terpaksalah pula kita berpegang kepada prinsip itu bahawa kekuatan tentera juga harus dipergunakan untuk membasmi komunizem sedunia. Apakah kita mengingini perang di dunia, menceburkan diri ke dalam kancah peperangan dunia ketiga semata-mata untuk membasmi komunizem?
Komunizem adalah satu faham internasional. Peleburan pemberontakan itu di Malaya tidak akan bererti bahawa faham itu akan hancur. Kerana faham itu bercorak internasional. Apa lagi faham itu timbul dan lahir dari kemelaratan dalam sistem masyarakat. Kerana ia lahir dari masyarakat, dari kemelaratan masyarakat, maka ia harus dibasmi dengan pengetahuan kemasyarakatan pula, bukan dengan pengetahuan ketenteraan, bukan dengan kekerasan senjata.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah bertentangan dengan aliran dan faham komunis. Islamizem dan komunizem tidak, dan tidak dapat disesuaikan. Tetapi ini tidak pula bererti PAS tidak mempunyai sikapnya sendiri terhadap masalah pemberontakan Parti Komunis Malaya.
PAS mengaggap bahawa komunis adalah satu penyakit dalam masyarakat, satu penyakit yang lahir dari kemelaratan dan kesengsaraan dalam masyarakat kita sendiri. PAS mempunyai keyakinan terhadap kekuatan ideologinya sendiri, terhadap kesucian dan kemuliaan ke-Islamannya, untuk mengatasi sebarang ideologi yang lain. PAS mempunyai keyakinan kepada kekuatan keimanan rakyatnya untuk menghadapi persaingan dan perlumbaan ideologi yang lain. Kami berkeyakinan bahawa dalam persaingan dan perlumbaan yang aman damai antara ideologi-ideologi di dalam masyarakat kita, maka ideologi kitalah yang akan dapat menakluki ideologi-ideologi yang lain. Kerana itulah PAS menghendaki pemecahan dan penyelesaian yang aman damai kepada soal komunizem di tanah air kita, menghendaki agar ideologi komunis itu ditentang dengan aman dan damai, demi kepentingan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaya sendiri.
Kita memerlukan pemecahan dan penyelesaian yang damai kerana kita sendiri telah mengalami betapa Darurat atau tegasnya peperangan di Malaya selama 8 tahun ini telah memakan korban politik, ekonomi dan moral rakyat kita sendiri. Lanjutan dari peperangan ini hanya akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat kita sendiri dan sebaliknya menguntungkan penjajah semata-mata.
Selama 8 tahun peperangan membasmi komunizem di Malaya telah dijalankan secara penjajah. Masanya telah tiba sekarang untuk memecahkan dan menyelesaikan soal itu dengan cara rakyat dengan corak rakyat.
Seluruh dunia bergerak berikhtiar menegakkan keamanan dan perdamaian. Konresensi Afro – Asia di Bandung menjadi titik sejarah dalam perjuangan manusia untuk menegakkan keamanan dan perdamaian. Tenaga-tenaga manusia yang mengingini, yang mencintai keamanan, yang mencintai demokrasi dan yang mencintai kesejahteraan umat manusia, makin kuat dan makin kukuh. Malaya dan rakyatnya harus memberikan sumbangan kepada usaha maha besar, kepada tugas maha suci untuk menegakkan keamanan dan perdamaian dunia. Dan bagaimanakah kita dapat memberikan sumbangan itu kalau kita sendiri tidak dapat memecahkan soal rumah tangga kita sendiri secara aman dan damai?
Cara memecahkan dan menyelesaikan satu-satu problem, satu-satu kerumitan yang dihadapi oleh umat manusia tidak lagi berdasarkan kekerasan, tidak lagi berdasarkan senjata atom, kereta kebal, senapang dan mesingan . Segala kesulita, kerumitan dan kekusutan dunia, kesulitan dan kerumitan umat manusia kini dipecahkan dan diselesaikan di meja perundingan, dengan bertolak ansur, dengan hormat-menghormati sikap dan pendirian satu sama lain.
Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS.
3. Memadukan Tenaga-tenaga Nasionalizem, Keagamaan dan Sosializem
Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai, dengan jalan berperlembagaan.
Dan PAS juga tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang mempunyai kesanggupan, yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah airnya. PAS tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang berkewajipan memikul tugas suci kemerdekaan bangsa dan tanah airnya kerana itu adalah tugas rakyat bersama.
Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme seluruh masyarakat.
Kerana itu PAS sanggup bekerjasama dengan apa saja golongan, apa saja parti, apa saja aliaran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.
Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.
Perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai dari datuk nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan Empayar Melaka dulu. Dan sudah barang tentu perjuangan yang sebesar itu menghendaki tenaga yang sebulat-bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela dan jujur dari segenap golongan progresif dalam masyarakat.
Tenaga-tenaga nasionalizem, keugamaan dan sosializem yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air ktia.
Dasar-dasar persamaan antara ketiga-tiga tenaga ini harus kita tegakkan dari sekarang, kita pupuk dan kita perkukuh dari sekarang. Dan satu dasar persamaan, satu titik pertemuan yang kukuh boleh kita tegakkan untuk mempertalikan ketiga-tiga tenaga itu. Untuk memadukan ketiga-tiga tenaga itu ialah dasar kita bersama menentang penjajah, cita-cita kita bersama mengingini satu negara kebangsaan yang demokratis dan berdaulat.
Tiap-tiap kita mengingini satu negara Malaya yang demokratis dan berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya. Cita-cita ini belum tercapai sekarang dan tak akan tercapai pada 31 Ogos 1957 ini. Ke arah cita-cita itulah PAS akan berjuang bahu membahu dan saling berbimbingan tangan dengan segala golongan dalam masyarakat.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa setelah tahun 1957 kelak, barulah boleh segala parti di Malaya memperjuangkan ideologi masing-masing dan buat sementara ini, segala parti di Malaya harus bersatu, dengan menyingkirkan ideologi masing-masing.
Tetapi saya berpendapat bahawa sekarang ideologi hanyalah alat saja untuk memperjuangkan cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan iaitu cita-cita menegakkan satu negara Malaya yang merdeka, demokratis dan berdaulat.
Apa yang dicita-citakan oleh rakyat, apa yang menjadi cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan segenap lapisan dan segenap golongan rakyat ialah kemerdekaan politik tanah airnya, kemerdekaan ekonomi tanah airnya untuk mencapai cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan ini, masing-masing golongan mempergunakan ideologi masing-masing, yang akan diisi ke dalam gerakan nasional itu.
Tetapi untuk tiap-tiap seorang sosialis, maka ideologi sosialiszem adalah dipergunakan olehnya sebagai tempat pegangannya, memperhitungkan dan mempertimbangkan sesuatu masalah hidupnya, malah tanah airnya, bahkan masalah perjuangan kemerdekaan tanah air dan bangsanya.
Tegasnya lagi, adalah satu impian saja untuk seseorang sosialis mengharapkan bahawa sosialiszem yang menjadi ideologinya itu boleh ditubuhkan dan ditegakkan dalam satu negara yang belum merdeka dan berdaulat dalam politik dan ekonominya.
Pendeknya, sosializem tidak dapat ditubuhkan dalam taman yang masih semak samun dalam belukar-belukar penjajahan.
Jadi tugas kita yang pokok sekarang, tak kira apa ideologi kita ialah meperjuangkan dulu kemerdekaan politik dan ekonomi tanah air kita, memperjuangkan dulu kemerdekaan dan kedaulatan yang menjadi cita-cita kebangsaan setiap golongan dan lapisan rakyat negeri ini.
Ideologi nasionalizem atau kebangsaan ialah mencapai kemerdekaan politik, ekonomi dan social, dan terdirinya kebebasan dan kemakmuran rakyat bersih dari sebarang pengaruh penjajahan. Ideologi sosializem timbul sesudah terdiri ideologi nasionalizem dan bertumbuh di atas itu menurut sifat dan muslihat sesuatu bangsa hingga tercapai pula keadilan sosial atas bentuk asas sosializem primitif menurut perkembangan secara ilmiah (sainatifik). Semua izem ini timbul dari pengalaman-pengalaman manusia yang telah berlaku dalam proses perkembangan masyarakatnya dari zaman kuno hingga ke zaman moden ini.
Ideologi Islam atau Islamizem adalah berbeza dan berlainan daripada izem-izem yang lain. Keistimewaan Islamizem ialah datangnya sebagai hukum ketetapan yang diturunkan Tuhan yang menjadikan manusia seluruhnya dan menciptakan alam ini sekaliannya. Hukum ini tidak dapat diubah-ubah dan ditukar-tukar atau dipinda-pinda. Yang boleh berubah dan bertukar ialah hanya manusia itu saja. Islamizem tegasnya hukum Tuhan bagi seseorang dalam perjuangan dalam masyarakat dan dalam perhubungan dengan Tuhan.
Kerana itu dalam peringkat perjuangan sekarang marilah kita mencapai dan mengisi cita-cita nasional kita bersama-sama dengan parti dan puak-puak yang lainnya. Kita dari angkatan PAS melancarkan bahtera kita menuju pelabuhan cita-cita Islam yang sangat jauh pelayarannya, tetapi kita sama-sama bertolak beriringan dengan aliran nasionalizem yang tulin dan angkatan sosializem.
Marilah kita mulai sekarang mengatur barisan kita bersama ke arah cita-cita itu, cita-cita nasional dan cita-cita kebangsaan itu!
Gambaran Sistem Kapitalis Al Zalimi
Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis, salah satu cirinya ialah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah merempat. Jurang pendapatan di antara golongan bawahan dengan golongan atasan tersangatlah jauh. Selain itu, golongan marhaen terpaksa bekerja keras untuk memberi makan kepada golongan-golongan atasan dan mereka ini diibaratkan seperti hamba. Golongan kaya hidup dengan senang lenang manakala golongan miskin terus bergelut di dalam kesusahan hidup dan terpaksa membayar harga yang mahal untuk sesuatu barang dan perkhidmatan sedangkan ada sesetengah golongan kaya menikmati sesuatu barang dan perkhidmatan tanpa membayar 1 sen pun.
Semua aset penting kepada rakyat bawahan diniagakan - pendidikan, hospital, air, letrik. Sehinggakan ada yang mati disebabkan tiada rawatan kerana kos hospital yang tinggi. Golongan atasan terus menerus menginjak-injak golongan bawahan sehinggakan hidup mereka terhimpit. Apabila lahir satu gerakan penentangan yang dijalankan oleh golongan bawahan, bersiap sedialah untuk dibasmi oleh golongan tentera dan golongan agamawan terus menerus mencandu golongan bawahan dengan kata-kata "cukuplah dengan apa yang ada."
Golongan Raja pula tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat bawahan. Kerja mereka hanyalah rileks dan bersemayam di dalam istana mewah. Sebilangan dari golongan ini tidak merasa cukup dengan kemewahan yang melimpah ruah masih lagi menjalankan perniagaan dan memikirkan keuntungan..
Yahudi di Malaysia
Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang akan diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar.
Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.
Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.
Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary telah diadakan. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas.
Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu.
Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.
Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat
Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun(pendita Yahudi) sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.
Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama ‘Protokol Zionis’ yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodoks.
Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.
Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 – 1905 adalah seperti berikut : -
1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi
gambaran yang sebenar sehingga menjadi
kabur.
gambaran yang sebenar sehingga menjadi
kabur.
3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka,
hubungan mereka dengan Allah dan
bebaskan mereka menurut hawa nafsu.
hubungan mereka dengan Allah dan
bebaskan mereka menurut hawa nafsu.
4) Melenyapkan persatuan muslim.
5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.
6) Melemahkan bangsa Arab.
7) Mendirikan negara-negara diktator di negara-
negara Islam.
negara Islam.
8) Pisahkan muslim dari menguasai
perindustrian dan biarkan mereka hancur
dengan bangsa-bangsa barat.
perindustrian dan biarkan mereka hancur
dengan bangsa-bangsa barat.
9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan
gerakannya serta menghinakan para ulama-
ulama Islam.
gerakannya serta menghinakan para ulama-
ulama Islam.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan
pergaulan bebas.
pergaulan bebas.
11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di
merata-rata negara Islam dengan dipimpin
oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan
Yahudi.
merata-rata negara Islam dengan dipimpin
oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan
Yahudi.
12) Menghantar sebanyak mungkin
pengembang-pengembang agama Kristian
ke seluruh dunia Islam.
pengembang-pengembang agama Kristian
ke seluruh dunia Islam.
13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada
belia-belia Islam yang menyambung
pelajaran ke negara-negara Kristian supaya
dapat menguasai kebudayaan Kristian dan
mereka kosong dengan prinsip-prinsip
secara Islam.
belia-belia Islam yang menyambung
pelajaran ke negara-negara Kristian supaya
dapat menguasai kebudayaan Kristian dan
mereka kosong dengan prinsip-prinsip
secara Islam.
14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku
yang boleh merosakkan belia-belia Islam
dan melalaikan mereka daripada
penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang
tulen.
yang boleh merosakkan belia-belia Islam
dan melalaikan mereka daripada
penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang
tulen.
15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.
16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.
17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.
18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.
19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.
20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.
21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.
Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.
Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?
Sumber : Terjemahan dari Majalah Islam Al-Fununiah
PENGAKUAN ORIENTALIS BARAT AKAN KEWUJUDAN IMAM MAHDI...
Di dalam post kali ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.
seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?
A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)